Pemuda PAS Gombak lawan STG FC

GOMBAK: Pasukan bola sepak Pemuda PAS Kawasan Gombak telah melangsungkan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan STG FC sempena tahun baru 2020.

Advertisement

Perlawanan ini telah dirasmikan Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, di sini petang semalam.

Aktiviti ini bertujuan menjalin hubungan antara Pemuda PAS Gombak dengan STG FC yang terdiri daripada anak-anak muda dan gabungan pemain dari penduduk Taman Greenwood dan Simpang Tiga.

Menurut Fadzli, aktiviti kesukanan ini merupakan salah satu medium dakwah Dewan Pemuda PAS Gombak bagi mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat sekitar.

Perlawanan ini berakhir dengan penyerahan saguhati oleh perasmi kepada wakil pasukan STG FC sebagai tanda ingatan daripada Dewan Pemuda PAS Gombak. – HARAKAHDAILY 6/1/2020