Trump, Putin dan Zionis mengajak kepada agama

GEREJA Methodist, salah satu pecahan Kristian Protestan dalam proses memecahkan autoriti (schism) kepada dua kumpulan; satunya menyokong LGBTQ dan satu lagi mengharamkan. Peristiwa ini ekoran pejuang LGBTQ di kalangan Protestan mendesak hak mereka diberikan walaupun termaktub di dalam undang-undang Methodist bahawa LGBTQ adalah perkara yang terlarang.

Perkara ini telah diusahakan oleh pejuang LGBTQ sejak undang-undang itu dimasukkan tahun 1972. Namun masih tidak berjaya memansuhkannya ekoran kepercayaan beragama bertambah kuat di kalangan penganutnya. Mereka percaya Jesus sendiri menentang LGBTQ.

Inilah fenomena dunia hari ini. Walaupun Sekularisme cuba untuk menjauhkan manusia daripada agama, hakikatnya ia tidak akan berjaya. Manusia diciptakan dengan fitrah beragama, bertuhan. Akhirnya orang akan kembali kepada agama.

Kerana itulah Trump mempergunakan Evangelical dalam meraih sokongan. US yang dikenali sebagai negara Sekular kini tidak lagi seperti dulu. Dahulu lagi Bush mengisytiharkan perang ke atas dunia Islam sebagai ‘The holy war’, meminjam istilah Perang Salib Katolik ke atas dunia Islam suatu masa dulu.

Kejatuhan Soviet Union berpunca daripada idealogi Komunisme yang menolak agama. Kebangkitan semula Rusia pasca perang dingin pula adalah kerana mobilisasi Kristian Ortodoks. Hari ini, Putin kembali meletakkan agama sebagai pemacu politik Rusia.

Hakikat ini sudah disedari oleh Zionis sejak sekian lama. Perjuangan mereka berpaksikan agama. Agenda global mereka berasaskan kepada kepercayaan agama Yahudi yang diseleweng dan dimanipulasi. Kekacauan yang dicipta seluruh dunia adalah agenda bagi melaksanakan manifestasi Yahudi.

Zionis mendukung aspirasi Freemason dan illuminati, bagi membentuk sebuah kerajaan dunia yang bakal dipimpin oleh seorang raja dikenali sebagai al-Masih; Dajjal. Kerana itu terdapat hadis bahawa Dajjal akan muncul sebagai penyeru kepada agama, sebelum mengaku sebagai Nabi dan akhirnya menjadi tuhan.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Advertisement



الدجالُ ليس به خفاءٌ يَجيءُ منقِبلِ المشرقِ فيَدعو إلى الدينِ فيُتَّبَعُ ويظهرُ فلا يزالُ حتى يقدمَ الكوفةَفيُظهِرُ الدينَ ويعملُ به فيتبعُ ويحثُّ على ذلك ثم يدَّعي أنَّهُ نبيٌّ فيفزعُمن ذلك كلُّ ذي لُبٍّ ويفارقُهُ فيمكثُ بعد ذلك فيقولُ أنا اللهُ فتُغشى عينُهُوتُقطَعُ أذنُهٌ ويكتبُ بين عينيْهِ كافرٌ فلا يَخفى على كلِّ مسلمٍ فيفارقُهُكلُّ أحدٍ منَ الخلقِ في قلبِهِ مِثقالُ حبةٍ من خَردلٍ من إيمانٍ

“Tanpa syak lagi Dajjal akan muncul dari arah Timur. Dia akan mengajak kepada agama maka dia akan diikuti dan menzahirkannya. Kemudian dia pergi ke Kufah, mengaku sebagai Nabi. Yang berakal akan meninggalkannya. Selepas itu dia mengaku pula akulah Allah! Ketika itu matanya dicederakan, telinganya dipotong, dan dahinya tertulis kafir. Orang Islam yang memiliki iman sebesar biji sawi akan meninggalkannya.”

[HR Thabrani]



Sekularisme Liberal dan Komunis adalah doktrin  bagi menyesatkan manusia. Pengasas kedua idealogi itu adalah Yahudi. Mereka faham, bahawa manusia akan kembali kepada agama. Godless society akan berakhir. Pada waktu itulah mereka akan tawarkan artificial god iaitu Dajjal.

Malang bagi dunia Islam yang mahu membuang doktrin agama dalam politik kononnya sebagai pemacu kemajuan. Demokrasi dijadikan instrumen penjajahan minda, kononnya aturan manusia lebih relevan berbanding aturan tuhan. Hakikatnya, musuh Islam sedang menggantikan agama Islam dengan agama kepercayaan mereka.

Umat Islam sepatutnya tidak lagi bertelagah adakah politik itu akidah. Sepatutnya agamawan memahamkan umat bahawa kesedaran berpolitik adalah satu tuntutan Islam. Kepercayaan bahawa khilafah Islamiah bakal tertegak dan kemunculan al-Mahdi sebagai penentang Dajjal perlu diterapkan. Inilah formula untuk umat bangun dan bersatu hati berhadapan dengan kedajalan musuh Islam sedunia.

Itulah peri penting menjadikan orang yang faham agama menjadi pemimpin politik. Konsep syura di dalam Islam perlu kembali diangkat bagi menangani barah demokrasi. Tetapi bukan dengan cara menolak terus demokrasi, sebaliknya memanfaatkan ruang demokrasi sehingga berjaya dievolusikan kepada konsep Islam yang sebenar.

ALANG IBN SHUKRIMUN
11 Jumadal Ula 1441
7 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 7/1/2020