Krisis Iran-US: Iraq bakal ‘hancur’ sekali lagi

    SETIU: Krisis yang berlaku antara Iran dan Amerika Syarikat (US) semenjak dua ini sudah mula menampakkan bibit-bibit yang akan membawa bumi Iraq ke kancah peperangan dahsyat sekali lagi.

    Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun ada yang bersemangat bersorak dan bergembira di atas kematian komander tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani terbunuh, namun akhirnya yang bakal menerima bencana ialah warga Iraq.

    “Sehingga sekarang saya tidak nampak US akan serang negara Iran atau Iran akan serang negara US. Memang taktik US dia akan makan belaka depan belakang kiri dan kanan. Peperangan dialihkan supaya berlaku jauh dari bumi Amerika.

    ‘’Peperangan ini penting bagi ekonomi US. Bagaimana kepentingan peperangan kepada ekonomi US, insya-Allah saya akan tulis satu artikel. Kita hanyut dalam krisis Sunni-Syiah, US datang dengan armada untuk memanfaatkan setiap ruang dan peluang dari krisis yang berlaku demi kuasa hegemoni mereka,’’ ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 8/1/2020

    Advertisement