‘Uslub Dakwah’ (1986) karya TG Abdul Hadi

BUKU Uslub Dakwah adalah sebuah karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang berasal dari sebuah kertas kerja yang dibentangkan dalam satu Seminar PAS pada 1986. Buku ini membincangkan mengenai pendekatan dakwah yang berkesan dalam menyampaikan Islam. Selain menggariskan sumber-sumber rujukan mengenai dakwah yang bersandarkan kepada al-Quran, Sunnah dan sirah dakwah Salafus Soleh, penulis turut memberi fokus kepada uslub atau metodologi dakwah yang berkesan. Selain menumpu kepada pembinaan peribadi pendakwah dan usaha-usaha penyebaran dakwah kepada umum, penulis membawa satu pandangan yang menarik dengan menekankan kepentingan berdakwah secara berjemaah atau Amal Jamaie. Beliau menegaskan bahawa wajib umat Islam memiliki jamaah, pertubuhan atau parti yang berjuang menyebar dan mendaulatkan Islam sebagai satu usaha dakwah.

Advertisement

Maklumat buku:

Nama buku:    Uslub Dakwah
Penerbit:     GG Edar, Kuala Lumpur
Tahun terbit:     November 1986
ISBN:     Tiada
Kulit:     Lembut
Muka surat:     52 ms
Saiz:    19 cm x 12.5 cm
Status:     Langka (nadir)
Sumber untuk rujukan:     Maktabah al-Balaghul Mubin

MOHD FADLI GHANI
Institut al-Balaghul Mubin
12 Jamadil Awal 1441
8 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 8/1/2020