PAS Sabah berkampung pastikan kemenangan calon BN

PAS Sabah telah mula berkampung di Kimanis bagi memastikan kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

PAS Sabah telah membuat kerahan untuk ahli membantu dalam kempen kali ini yang akan berakhir pada 18 Januari 2020.

PAS Sabah juga telah membuka beberapa bilik gerakan khusus untuk bilik operasi dan memudahkan urusan bantuan dari luar Kimanis.

Advertisement

Di samping jentera PAS dari seluruh Sabah, pimpinan PAS Pusat dan jentera dari negeri-negeri lain juga akan turun membantu.

Setakat ini jentera dari negeri Terengganu, Johor, Perak, Kelantan telah berada dan membantu kempen.

Antara pimpinan utama yang juga akan turut membantu ialah Timbalan Presiden PAS, Setiausaha Agung PAS dan beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN PAS dari pelbagai negeri.

Pada pilihan raya ini, PAS akan memberi tumpuan khusus kepada ahli PAS yang mengundi di Kimanis dan usaha ziarah rumah ke rumah yang biasanya disebut sebagai ‘bedudun’ dalam kalangan masyarakat sekitar Kimanis.

ABDUL HISHAM OTHMAN
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
9 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 9/1/2020