Pax Judaica: Mimpi atau realiti

PAX Judaica impian mereka

(1)     Pertembungan antara Iran dan Amerika pada hari ini, begitu juga pertembungan antara Amerika dan China dilihat menjadi fenomena yang perlu diperhatikan pada 2020.

Antara yang menjadi kebimbangan ialah apabila mereka apabila tercetusnya perang sebagai penanda kepada zaman penghujung Amerika sebagai kuasa besar.

(2)     Sepertimana yang pernah saya tulis di dalam beberapa artikel sebelum ini tentang jangkaan perancangan Pax Judaica yang diletakkan pada tahun 2020.

Sekadar menimbulkan persoalan, adakah pertembungan Amerika dengan kuasa-kuasa lain ini merupakan muqaddimah kepada peralihan kuasa besar dunia kepada Israel?

(3)     Israel walaupun dilihat sebagai sebuah negara kecil di Palestin dan cita-cita mereka untuk menubuhkan Israel raya belum jelas. Namun kita wajar berhati-hati dengan pelan normalisasi yang telah menundukkan negara-negara Arab.

Israel antara negara yang turut sama membakar semangat memerangi Iran. Beberapa peristiwa pengeboman seperti pada bulan September di loji minyak Arab Saudi, Iran dipersalahkan.

(4)     Apakah Amerika sengaja menjerumuskan diri mereka ke lembah kekacauan dengan mencari pasal dengan negara-negara lain? Segalanya menjadi kemungkinan.

Adakah projek pakatan negara-negara Arab dengan Israel bakal memposisikan diri mereka sebagai juara menunggu di kala negara-negara berperang?

Israel dan Trump

(1)     Perang Dunia Ketiga masih lagi menjadi tanda tanya. Namun, sekiranya berlaku, Israel mungkin akan mengambil pendekatan ‘tunggu’.

Setelah semua kuasa penat bertarung, muncullah Israel cuba merebut kuasa dunia berpakat dengan negara-negara Arab yang mengadakan hubungan dengannya.

Bahasa mudahnya, seolah-olah Israel yang sengaja mencetuskan peperangan antara negara-negara. Manakala mereka hanya menunggu peluang negara-negara ini keletihan.

(2)     Ini sekadar kemungkinan. Kerana apabila dilihat realiti hari ini, masing-masing sebenarnya tidak terlalu bersedia sekiranya perang itu tercetus.

Masing-masing hanya mampu mendabik dada sahaja, dan menzahirkan keangkuhan semata-mata. Masing-masing memikirkan kesan buruk berperang.

(3)     Ketika awal kenaikan Trump sebagai Presiden Amerika pada 2016, menyaksikan bahawa kemenangannya di luar jangkaan Barat.

Sekalipun Barat telah memerah keringat untuk menjatuhkan Trump, namun akhirnya berjaya juga. Ada yang mengatakan kemenangan Trump adalah hasil kempen Rusia.

(4)     Antara yang boleh kita lihat, Wikileaks memainkan peranan penting mendedahkan skandal pesaing Trump (Clinton) di belakang tabir, mengundang muak para rakyat.

Ramai yang beranggapan bahawa Wikileaks ini ditaja oleh Rusia. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat ketika itu, telah membogelkan Amerika.

Blok Timur vs blok Barat

(1)     Kenapakah kita perlu ‘flash back’ sejarah awal pelantikan Trump? Kerana kenaikan beliau yang di luar perancangan Zionis, membuatkan beliau dikelilingi musuh politik.

Tidak mustahil beliau bakal dibunuh oleh orang rapatnya sendiri. Apatah lagi kemenangan beliau pada 2016 dilatari oleh pengaruh Rusia.

(2)     Secara kasarnya, Russia dilihat akan menyebelahi Iran. Turki mungkin akan kontra dengan NATO dan memihak kepada Russia. Manakala Arab Saudi dan negara-negara Arab kekal dengan pengaruh US.

US dan NATO bersama. Negara-negara blok Komunis seperti China, Korea Utara dan sebagainya dilihat bakal menyebelahi blok Russia.

Segalanya hanya kemungkinan. Wallahua’lam. Apa yang dilihat, ia sedang menghala kepada mengheret negara-negara lain untuk turut sama.

(3)     Berkemungkinan juga persaingan persenjataan di antara dua blok, iaitu Blok Timur dan Barat ini akan menghala kepada Nuklear yang menakutkan?

Tindakan Trump pada 2016 memutuskan Perjanjian Nuklear dengan Iran seolah-olah menjadi satu isyarat kepada rentak masa depan politik dunia.

Jika dilihat kepada blok Barat, yang turut ‘disertai’ oleh Arab Saudi dan UAE, yang merupakan sekutu Amerika, lebih mencengkam negara-negara Arab, Tanduk Afrika dan Utara Afrika.

Realiti hari ini

(1)     Pengaruh Turki dan Qatar yang semakin lemah di kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi. Mungkin membawa kepada kebersamaan mereka dalam Blok Timur.

Dalam isu Syria, Turki berpakat dengan Rusia menentang pengaruh Amerika yang berproksikan kumpulan pemberontak Kurdistan bagi membina empayar mereka.

(2)     Dalam masa yang sama China dilihat sedang berentap dengan Amerika dalam banyak perkara. Apatah lagi pengaruh China sudah ‘bertandang’ ke Eropah menyebabkan ada pendirian Eropah berbeza dengan Amerika.

Perancis dan Jerman yang merupakan pendukung kuat NATO dilihat lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan mereka, mula mempertikaikan pertubuhan itu

(3)     Dalam persaingan negara-negara besar ini, negara-negara Umat Islam berpecah. Sebahagian bersama blok Barat sebahagian lagi bersama bersama blok Timur.

Contohnya Iran yang cenderung Blok Timur seramai 82.5 juta orang Umat Islam. Manakala Mesir yang cenderung blok Barat seramai 87.5 juta orang Umat Islam.

(4)     Dalam kajian 2015, penganut Agama Kristian seramai 31.2 peratus dan Agama Islam 24.1 peratus menjadikan kedua-duanya majoriti. Manakala Yahudi cuma 0.2 peratus.

Statistik ini menggambarkan bahawa Islam mempunyai potensi besar untuk berkuasa. Apatah lagi Kristian yang dikatakan majoriti itu terpecah menjadi Katholik, Protestan, Ortodok dan banyak lagi

Yahudi yang minoriti

(1)     Sepertimana statistik tadi, Yahudi adalah kaum minoriti. Amerika yang menjadi kuasa besar, majoriti mereka adalah beragama Kristian, iaitu 78 peratus sama seperti Russia 41 peratus.

Kedua-duanya menjadi kuasa besar, dan bersaing antara satu sama lain. Secara kasarnya Yahudi telah mempergunakan Kristian Amerika untuk membina empayar Israel.

Itu kalau diukur dari sudut agama. Apatah lagi Umat Islam yang hidup terpecah-pecah, seakan-akan tidak menjadi majoriti. Turut dikuasai oleh Yahudi yang merupakan minoriti.

(2)     Bahkan, bukan semua orang Yahudi atau Israel itu Zionis. Sudah pasti bilangannya lebih sedikit. Sebab itulah Israel perlu menormalisasikan hubungan dengan negara Arab.

Sekiranya diikut kepada nisbah bilangan, Zionis langsung tidak ada peluang untuk membina sebuah negara, apatah lagi sebagai sebuah empayar.

Tetapi disebabkan permainan dan percaturan sejak zaman-berzaman, akhirnya mereka telah berjaya merembat Palestin, dan sedang mendirikan empayar The Greater Israel.

(3)     Sebab itulah dalam perang akhir zaman yang disabdakan oleh Baginda S.A.W apabila Nabi Isa A.S turun maka orang Kristian akan masuk Islam dan bersama sama menghapuskan Yahudi.

Nabi S.A.W bersabda;

Advertisement



لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر :يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي تعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود>متفق عليه

“Kiamat tidak akan terjadi hingga umat Islam berperang dengan Yahudi. Umat Islam akan mengalahkan mereka sehingga Yahudi bertempiaran bersembunyi di belakang pokok dan batu batan. Lalu batuan dan pepohon akan berbicara, “Wahai Muslim, di belakang aku ada si Yahudi, kemari dan bunuhlah dia. Kecuali pokok Gharqad kerana dia pokok yg ditanam yahudi.”

(Shahih Bukhari)



Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 9/1/2020