Jawi vs Tanglung

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang menunjukkan secara jelas sikap ‘double standard’ dalam isu tanglung berbanding isu tulisan Jawi. Sikap sebegini sangat mencerminkan bahawa kerajaan tidak mempunyai sekelumit rasa sensitif terhadap rakyat dalam negara ini yang majoritinya merupakan bangsa Melayu.

Pemasangan tanglung tidak salah, akan tetapi sokongan sama dan bersungguh-sungguh yang sepatutnya berlaku dalam menyelesaikan dan meraikan isu tulisan Jawi yang masih hangat di massa masyarakat Malaysia pada hari ini. Agak terkejut besar apabila lapan (8) barisan Menteri Kabinet Tertinggi Kerajaan yang turun menyatakan sokongan dan mengagungkan tanglung ini ternyata sama sekali tidak menyentuh pun isu tulisan Jawi. Malah, mereka diam seribu bahasa!

Aneh sekali, perhatian dan keputusan yang sangat pantas daripada kerajaan diambil dalam isu pemasangan tanglung ini. Merujuk kepada petikan sidang akhbar daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Nie Ching menyatakan bahawa keputusan untuk memasang semula tanglung itu dibuat selepas mendapat persetujuan mesyuarat Kabinet pada 9 Januari 2020.

Advertisement

GAMIS ingin melaungkan suara kepada kerajaan, punca utama permasalahan perkauman yang melanda negara sekarang ini adalah datangnya daripada Dong Zong! Puak inilah yang telah memecah-belahkan perpaduan kaum dalam negara ini. GAMIS konsisten berusaha agar puak biadab rasis Dong Zong ini lenyap daripada bertapak di Malaysia agar perpaduan negara terpelihara.

Akhir sekali, GAMIS menyatakan rasa pelik dan hairan dengan kenyataan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menafikan kontroversi kaitan pemasangan tanglung dengan tulisan Jawi ini tiada kaitan. Adakah Menteri Kewangan merasakan isu tanglung ini paling layak dijulang dan diperbesarkan berbanding isu tulisan Jawi? Jangan berselindung!

“Demi Islam, Mahasiswa Bangkit”

SAIFULLAH BAIDURI
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sesi 2020 – HARAKAHDAILY 12/1/2020