Persatuan sukan perlu mencarum jurulatih

KOTA BHARU: Persatuan Sukan Negeri dan badan-badan sukan di Kelantan diminta mencarum jurulatih dan kakitangan mereka dengan PERKESO.

Advertisement

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob berkata, semua kakitangan yang layak wajib dicarum dengan pihak berkenaan tanpa sebarang alasan.

“Caruman PERKESO amat penting demi menjaga kebajikan kakitangan dan keluarga mereka jika berlaku sebarang musibah,”ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 kepada balu jurulatih badminton Allahyarham Mohamad Izuan Ibrahim, Siti Marshytah Mohamad, 41.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman allahyarham di Banggol Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini hari ini.

Munurut Nora sekiranya mencarum ia dapat membantu pihak terbabit pada masa akan datang sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Badminton Negeri Kelantan, Dr Naharuddin Hashim. – HARAKAHDAILY 13/1/2020