Syria:’Sekeping roti untuk hidup’

Misi Muslim Care Malaysia di bumi Anbiya'

KEPINGAN roti yang dikilit di tangan kanannya masih basah dengan liurnya yang acap mengalir tiap kali secebis suapan dimasukkan ke mulutnya.

Advertisement

Sebaik van pelbagai guna (MPV) Muslim Care Malaysia yang membawa bekalan roti sampai ke kawasan mereka, anak-anak kecil ini beratur menanti giliran membawa pulang kepingan roti.

Anak Syria ini tidak meminta ayam goreng bersalut tepung berjenama KFC atau McDonald’s, jauh sekali mereka mahu makan di restoran berpendingin hawa menyusur lembut dikepala mereka.

Cukuplah gigitan kesejukan yang meronta dalam tubuh mereka tika musim sejuk melanda tak tertahan peritnya.

Mereka amat mendambakan sekeping roti yang dihasilkan di Kilang Roti Muslim Care yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun sekadar roti, namun harapan mengunung anak-anak ini boleh merasainya semusim derita lagi, malah mengharapkan agar kilang ini masih boleh terus beroperasi dengan dana bantuan masyarakat di Malaysia melalui Muslim Care Malaysia.

Saban hari anak-anak ini beratur menanti sekeping roti, malah mereka membawanya untuk pulang ke khemah pelarian yang disediakan Muslim Care Malaysia demi atuk nenek dan ibu ayah yang sedang menderita, sama ada menjadi kudung akibat letupan bom ataupun yang sakit angkara bedilan peluru menjamah tubuh mereka.

Bantulah….tangisan mereka tangisan kita bersama

Anak-anak ini tidak pernah minta hidup dalam pelarian akibat peperangan yang sedang berlaku di negara mereka. Anak-anak kecil ini sedikit pun tidak mengerti akan dendam kesumat perbalahan mereka yang berkepentingan kuasa..

Dalam usia seawal kelahiran, anak-anak kecil ini sudah lali dengan dentuman bom, bedilan peluru, malah tanpa mereka mengerti ada dalam kalangan anak anak kecil ini tumpah darahnya menyembah tubuh ke bumi.

Mereka tidak berdosa, kain putih yang masih molek ini terpaksa bermandi darah, lebih parah ibu bapa mereka dijarah darah dan tubuhnya oleh sang rakus yang berkonflik kuasa.

Anak-anak Syria tidak berdosa jiwa mereka meronta mencari jawapan, tatkala musim digin sejuk melanda hingga ke tulang selangka, ada dalam kalangan mereka mati tersiksa, tak kurang yang dyhadrasi angkara sejuk tak terhingga.

Kini mereka amat mengharapkan bantuan kita masyarakat dunia, tatkala kita berkira-kira belanja melancong sana sini, apakah saku kita tidak ada sedikit belas akan ihsan kepada insan insan ini, anak Syria yang hanya menanti masa untuk dikebumi.

Dengarlah rintihan mereka

Sanggupkah kita menikmati makanan terhidang depan mata yang menyelerakan, sedang saudara segama kita yang masih tidak mengerti apa-apa, lapar dahaga, tiada ubat dan keperluan harian demi menghirup oksigen walau di bumi penuh petaka.

Anak anak Syria ini merintih, tangisan pilu sayu menusuk ke telinga, biarpun mereka jauh beribu batu jaraknya, namun duka mereka duka kita.

Ayuh, kita bersama-sama Muslim Care Malaysia yang sejak sekian lama menabur bakti di bumi Syria demi melihat anak anak perang ini dapat belas ihsan dunia.

Bantulah anak bumi Syria, usah kita berpeluk tubuh hanya memandang sahaja, sedang rintihan sedih mereka kini berlegar di telinga, mengalir bersama airmata kita.

Penderitaan yang dilalu masyarakat Syria akibat perang sememangnya cukup memeritkan apatah lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Bayangkan segelintir daripada mereka bukan saja kehilangan tempat tinggal yang dibom pengganas tapi mereka juga hidup dalam serba kekurangan dan daif.

Muslim Care Malaysia akan memulakan misi kemanusiannya bermula 15 hingga 20 Januari ini, dan amat mengharapkan sumbangan disalurkan berterusan ke akaun yang tertera demi kelangsungan hidup anak Syria yang tak berdosa.

Ayuh menyumbang, walau bermula dengan RM1, apatah lagi jika besar nilainya, sama-sama kita cakna derita mereka.

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia :

Maybank: 564490413882

Bank Islam Malaysia Berhad :14014010147470

Bank Muamalat : 14010007654717

Sahabatku…Duka Syria…Duka Kita… – HARAKAHDAILY 14/1/2020