‘Street Dakwah’ ajak masyarakat islah diri

PERMATANG PAUH: Pemuda Masjid Batu dan Pemuda PAS Cawangan Permatang To’ Kandu dengan kerjasama Lajnah Dakwah Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan Street Dakwah baru-baru ini.

Advertisement

Aktiviti berkala hujung minggu ini telah mengketengahkan tema kempen Jom Solat Berjemaah Di Masjid menyantuni warga setempat terutama anak muda di sekitar Cawangan ini.

Inisiatif santai ini turut disertai wakil Pemuda PAS Permatang Pauh, Ahmad Asuad Md Desa yang komited bersama dalam aktiviti tersebut bersama para Pemuda setempat sejak ia diadakan.

Menurutnya, Street Dakwah tersebut dilaksanakan bukan sahaja untuk ‘menyentuh’ hati masyarakat, tetapi juga usaha mengajak mengislah diri serta mendekatkan diri dengan usaha keagamaan.

“Tugas kita adalah terus menyeru dan menyebarkan kebaikan. Mudah-mudahan usaha ini diterima masyarakat untuk sama-sama mengingati Yang Maha Esa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/1/2020