Fahami situasi, hadamkan kondisi

SAYA masa duduk negara orang dulu tak pernah campur hal politik dalaman Iraq walaupun kita faham akan situasi dan suasana serta mendalami krisis yang berlaku. Begitulah adabnya bila kita bertamu dan tuan rumah melayan kita dengan penuh hormat dan tertib.

Tapi bila Iraq dibom peluru berpandu US berkali-kali, saya tak pernah lari keluar. Bukan berani sangat cuma saya tak takut. Dalam masa 6 tahun, Iraq bagaikan negara kedua saya dan teman-teman Iraq adalah saudara seagama ketika susah dan senang. Cuma tak kahwin dengan orang Iraq saja.

Advertisement

Iraq dengan Syria bersempadan saja. Teman-teman dari Syria ada bersama ketika belajar di Universiti Baghdad. Saya boleh berbahasa Arab gaya Iraq dan Syria. Maknanya, sama ada dengan orang Iraq atau Syria, saya boleh berkomunikasi dengan baik.

Kalau ada orang Iraq atau Syria yang berhajat nak memahami ilmu geopolitik dunia Islam, saya tentunya bersedia untuk duduk semeja. Kita boleh bincang dalam bahasa ibunda saudara. Ianya kaedah yang lebih baik dan tertib dari mengkritik di alam maya tanpa memahami apa-apa.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/1/2020