Kelantan perinci ‘one off’ RM400 juta

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengumumkan penggunaan dana ‘one off’ RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, peruntukan itu akan diagih secara terperinci setelah notis dikeluarkan.

Advertisement

“Notis akan dikeluarkan hasil perbincangan bahagian pentadbiran kerajaan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang akan diadakan nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian Skim Kifaalah dan sumbangan mangsa banjir di Dewan Wisma Ibadurrahman, Kampung Paloh semalam.

Akhir tahun lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ‘one off‘ sebanyak RM400 juta kepada Kerajaan Kelantan bagi melaksanakan projek bagi kesejahteraan rakyat. – HARAKAHDAILY 17/1/2020