Takziah kepada keluarga Dr Murad Wilfried Hofmann

PAS mengucapkan takziah atas pemergian Dr. Murad Wilfried Hofmann, bekas diplomat Jerman yang kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu lalu.

Advertisement

Dr. Murad yang memeluk agama Islam pada tahun 1980 telah banyak menulis buku dan artikel tentang Islam dan kebudayaan. Beliau berpengalaman sebagai bekas Duta Jerman di Algeria, Maghribi dan Pengarah Komunikasi NATO serta Penasihat Majlis Komuniti Muslim di Jerman.

Pemergian beliau satu kehilangan besar khususnya kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Jerman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diterima amal solehnya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 17/1/2020