PRK P.176: Muafakat Nasional membayu ke Sabah

ALHAMDULILLAH. Tahniah diucapkan di atas kemenangan calon Muafakat Nasional, Datuk Mohamad Alamin dalam Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis dengan majoriti sebanyak 2029 undi lebih besar berbanding PRU14.

Terima kasih kepada semua pengundi Kimanis yang memberikan kepercayaan kepada calon Muafakat Nasional. Ia membuktikan Muafakat Nasional diterima baik oleh rakyat Sabah. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh jentera PAS yang membantu jentera Barisan Nasional (BN). 

Keputusan ini menunjukkan Muafakat Nasional berpotensi memerintah Malaysia pada PRU ke-15 dekat rekod cemerlang di Semenanjung dan di Sabah. InsyaaAllah

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
18 Januari 2020 | 23 Jamadilawal 1441 – HARAKAHDAILY 18/1/2020

Advertisement