JAKIM dan isu Pesta Ponggal

SURAT yang dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah KPM bertarikh 13 Januari 2020 jelas menyatakan bahawa Haram bagi Muslim meraikan perayaan Ponggal.

Keputusan ini adalah berteraskan Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM yang diputuskan pada 8 dan 9 April 2019. Mesyuarat turut menjelaskan bahawa acara memasak Nasi Susu mestilah dijauhi oleh Muslim.

Anehnya, keputusan yang diputuskan oleh Panel Pakar Syariah ini dipertikaikan oleh Muslim sendiri, bahkan ada yang mengancam untuk mengenakan tindakan tegas.

Pada kebiasaannya, golongan Liberal yang dilihat selalu menyerang JAKIM dalam pelbagai isu. Adakah kita semakin bersikap longgar dalam isu aqidah umat Islam seperti yang dipegang oleh golongan Liberal?

Atau adakah konsep Rahmatan Lil Alamin mendidik kita menjadi sangat lunak dengan kekufuran terutama dalam isu yang melibatkan aqidah umat Islam?

Semoga Allah membimbing kita.

DR. AHMAD SANUSI AZMI – HARAKAHDAILY 19/1/2020

Advertisement