PAS Johor lancar kempen ‘PAS Pilihanku JDT’ 2020

BADAN Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) telah melancarkan kempen penambahan keahlian PAS bagi tahun 2020 pada malam tadi.

Kempen yang dikenali “PAS Pilihanku JDT” akan dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah bin Hussin sejurus selepas selesai mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS Johor. 

Beberapa insentif akan diberikan kepada PAS Kawasan-kawasan yang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. 

Kempen ini akan digerakkan oleh Sekretariat Kempen “PAS Pilihanku JDT” dengan dukungan daripada seluruh Jawatankuasa Kerja PAS di peringkat Dewan-dewan Negeri dan PAS Kawasan-kawasan.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Pengerusi Jabatan Keahlian 
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 19/1/2020

Advertisement