Bukan-Muslim pertahan keharmonian di Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk bukan-Muslim disaran mengekalkan keharmonian kehidupan masyarakat majmuk di Kelantan yang dipertahan sejak sekian lama.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, mereka dinasihat jangan mudah terikut pihak lain yang sering memandang negatif terhadap Islam.

Katanya, golongan minoriti di Kelantan ada identiti mereka sendiri dan tidak seharusnya terikut dengan sikap pihak lain atau membawanya ke negeri ini.

“Apa yang berlaku di luar Kelantan jangan bawa balik ke tempat kita,” katanya ketika meraikan lebih 50 pemimpin masyarakat Cina dan NGO pada jamuan tengahari sempena Tahun Baru Cina di JKR 10 hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri serta pegawai kerajaan.

Menteri Besar juga berkata, masyarakat bukan-Muslim turut memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi Kelantan. – HARAKAHDAILY 20/1/2020

Advertisement