PRK P.176: Rakyat semakin bijak memilih

DEWAN Muslimat PAS mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Mohamad Alamin calon BN yang telah meraih sebanyak 12,706 undi bagi mengalahkan Datuk Karim Bujang daripada Parti Warisan yang hanya memperolehi 10,677 undi. BN mengekalkan kemenangan yang diperolehinya ketika PRU14 dengan majoriti yang lebih banyak, biarpun pengundi yang keluar mengundi adalah kurang daripada jumlah ketika PRU14.

Alhamdulillah, sekalung penghargaan buat seluruh jentera PAS dari segala peringkat, khususnya Dewan Muslimat PAS Sabah, Ameerah Sabah dan semua yang terlibat. Tidak lupa kepada semua para petugas parti yang telah menginfakkan diri untuk hadir dari seluruh negeri.

Pilihan Raya Kecil Kimanis merupakan PRK ke 10 telah selepas PRU14 dan berlaku sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan. Rakyat semakin bijak dan mulai sedar dengan landskap politik negara Malaysia yang semakin hari semakin dilihat banyak kelompangan, ketirisan dengan pelbagai agenda yang meresahkan rakyat secara keseluruhannya.

Kejayaan di dalam PRK Kimanis adalah petunjuk bahawa PAS sebagai rakan ta’awun tidaklah digeruni  masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah. Lebih 45 peratus pengundi di Kimanis adalah dari kalangan Bumiputera Kadazan. Pujian wajar diberikan kepada pengundi Kimanis kerana bijak membuat keputusan dan ia adalah satu tamparan kepada Kerajaan PH yang sepanjang kempen telah menaburkan pelbagai janji manis kepada pengundi Kimanis.

Tahniah sekali lagi kepada pengundi dan petugas PRK Kimanis!

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Salam Hormat,
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALEH,
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/1/2020

Advertisement