Gubuk jadi tempat tinggal ibu 5 anak

Rumah-Normah
Mudir PDS, Ustaz Misbahul Munir melihat sendiri keadaan rumah Normah yang menjadi tempat tinggal mereka 5 beranak

IBU 5 orang anak, Normala Ototoh memerlukan sumbangan dari dermawan bagi membina kediaman yang agak selesa. Normala dan anak-anaknya tinggal di kampung Kadayan, Kanibongan, Pitas, Sabah.

Rumah yang didiami saat ini didirikan di atas tanah rezab jalan dan dibawah tiang elektrik. Rumahnya seumpama ‘gubuk’, tiang-tiangnya dari pokok-pokok kayu, manakala dindingnya pula playwood yang cukup nipis. Sumber airnya bergantung dari air tadahan hujan semata- mata. Rumahnya kini mulai mereput dan bila-bila masa sahaja bakal runtuh menyembah bumi.

Normala bercerai dengan suaminya tanpa sebarang nafkah diberi. Beliau meneruskan kehidupan dengan menyara 5 orang anak tanpa pendapatan tetap. Ibu 5 anak ini hanya bekerja mengambil upah dari orang kampung dan dengan pendapatan yang tidak seberapa itu, beliau tidak mampu mendirikan rumah yang selesa.

Walaupun membesarkan anak-anak dalam serba kekurangan, pendidikan agama tetap diberikan kepada lima orang anaknya.

Salah seorang anak perempuannya, Siti Natasya, 14, dibantu oleh Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia dengan tajaan pengajian di Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL), Kuala Terengganu.

Selain Natasya, abang sulungnya juga ditaja pengajiannya di sekolah agama di negeri Kedah.

Advertisement

Inilah hasrat seorang ibu yang ingin anak-anaknya menjadi penghafaz Al Quran dan ilmuwan agama.

Ibu Natasya telah berusaha memohon bantuan dari pelbagai pihak namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang bantuan.

Daripada pengamatan penulis, bila-bila masa rumah tersebut bakal runtuh menyembah bumi. Andai saat itu tiba, entah apalah agaknya nasib anak beranak itu.

Justeru, para dermawan ahli perniagaan serta golongan korporat dirayu dapat menghulur sumbangan untuk membina rumah yang agak baik dan selesa.

Sebidang tanah telah tersedia dengan keluasan sebuah rumah sederhana hasil ehsan salah seorang ahli keluarga Normala untuk didirikan kediaman buat mereka sekeluarga.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Pusat Dakwah Serantau (PDS), insyaAllah segala sumbangan yang diterima akan diuruskan oleh PDS dengan kerjasama beberapa pihak lain sehinggalah terbina rumah tersebut untuk didiami.

Para demawan boleh masukkan sumbangan ke akaun : Bank Muamalat atas nama Pusat Dakwah Serantau-YAM. Nombor akaun 12100001008710.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 013-656 1213 (Illeya) @ 010-5667528. Semoga cita-cita ini bakal berhasil, anak-anak ini perlukan sokongan dan bantuan kita semua, untuk masa depan mereka.

Rumah-Normal-2
Keadaan rumah yang bila-bila masa boleh menyembah bumi