Kesedaran tangani Influenza dari merebak

BANGI: Berikutan penularan wabak Influenza A yang menular dalam kalangan warga Malaysia terutama kanak-kanak, satu inisiatif penerangan kesedaran telah dianjurkan PASTI As-Syakirin, Teras Jernang, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Ianya juga ekoran simptom-simptom awal batuk dan selsema itu memaksa lebih 50 murid PASTI ini dicutikan kerana dibimbangi akan menjangkiti murid lain atau menyebabkan keadaan lebih buruk terjadi.

Ceramah kesihatan dan kaedah pencegahan Influenza ini telah disampaikan oleh petugas MusMedik Selangor, Dr Mawar Ramli kepada ibu bapa dan murid serta penduduk sekitar untuk bersama menanganinya.

Kepada tenaga kerja PASTI dan para guru juga telah dinasihatkan untuk menyediakan bilik isolasi khas bagi menempatkan murid yang didapati mengalami simptom penyakit berkenaan dari terus merebak atau menjangkiti.

Antara ditunjukkan adalah demonstrasi cuci tangan dengan kaedah yang betul sebagai antara kaedah pencegahan di mana sempena program ini juga diadakan gotong-royong membersihkan PASTI As-Syakirin. – HARAKAHDAILY 22/1/2020