STAM: 14 pelajar YIK dapat 10 Mumtaz

KOTA BHARU: Seramai 14 pelajar sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) memperolehi 10 Mumtaz semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumum hari ini.

Turut mendapat 10 Mumtaz, Hafizi Che Kamarudin dari Maahad Saniah Pasir Puteh iaitu anak kepada anak kepada Timbalan Pengarah YIK, Che Kamarudin Kamel.

Manakala pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz seramai 131 orang berbanding 147 calon pada 2018.

Keputusan peperiksaan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan di Nilam Puri.

Katanya, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong muncul sekolah terbaik peperiksaan itu bagi sekolah YIK.

“Diikuti Maahad Muhammadi Perempuan dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/1/2020

Advertisement