PAS bertemu pimpinan HAMAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertemu beberapa pemimpin Hamas diketuai oleh Ismael Haniyya, di Putrajaya semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan disertakan beberapa keping gambar.

Dalam pertemuan itu PAS menzahirkan kebersamaan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin dan langkah menguatkan kesatuan ummah di peringkat Antarabangsa.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan. – HARAKAHDAILY 23/1/2020

Advertisement