Arak: Satu keputusan tegas perlu tindakan segera

TULAR di media sosial mengenai kes pemandu mabuk melanggar penunggang motosikal. Ini adalah salah satu contoh terbaharu bagaimana kematian diakibatkan oleh pemandu mabuk.

Advertisement

Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/67134/BERITA/Tragedi/Penunggang-motosikal-maut-dirempuh-Ford-Ranger

Ini bukanlah yang pertama dalam isu pemandu mabuk yang melibatkan kemalangan maut. Sudah banyak kes-kes sebelum ini.

Ternyata masalah pemandu mabuk ini mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, namun kerajaan seakan berdalih dan tidak bersungguh untuk mengambil tindakan yang tegas.

Undang-undang yang ada pada hari ini ternyata tidak mencukupi dan tidak memberi kesan untuk menjadi pengajaran kepada pemandu mabuk.

Rasulullah S.A.W bersabda:

اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ

“Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.”

(Riwayat al-Hakim (4/145))

Islam ternyata mendahului zaman dalam penegasan isu arak ini. Malah beberapa negara maju sendiri menetapkan hukuman mati mandatori terhadap peminum arak yang memandu secara mabuk dan mengakibatkan kemalangan. Sudah sampai masanya Malaysia turut menguatkuasakan undang-undang yang tegas ini.

Bahkan haramkan terus arak dari pasaran. Jika pihak kerajaan amat bertegas dengan isu larangan merokok, kenapa tidak dengan arak?

Kita semua tertunggu-tunggu bilakah kerajaan akan umumkan ‘dateline’ undang-undang baru berkaitan arak sebagaimana kesungguhan kerajaan dalam isu rokok.

Ini perlu melibatkan semua pihak. Harapannya sidang Parlimen terdekat ini akan ada sinarnya.

Kuala Krai sendiri akan menyokong sepenuhnya seandainya ia dibawa ke Parlimen nanti.

ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai – HARAKAHDAILY 25/1/202