Kepercayaan dikikis dan kemenangan diuji

KHADAM

(1) Hari ini bermacam-macam isu melanda tanah air. Menantikan kebijakan kita untuk berfikir dengan cermat dan berhati-hati dengan sebarang frame permainan.

Kita sepatutnya sudah ‘cukup puas’ mengambil pengajaran daripada penguasaan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia. Menggambarkan suasana yang haru biru.

(2) Sudah semakin tak logik sekiranya masih ada individu Melayu Islam yang menyokong tindakan-tindakan PH dalam banyak isu, khususnya arak.

Kita perlu sedar, khadam-khadam DAP adalah dari kalangan orang Melayu yang mengaku Islam. Apabila DAP buat jahat, mereka akan gunakan para khadam sebagai benteng pertahanan mereka.

Justeru, kita sebagai seorang Melayu Islam yang merasakan perlu bersuara, terpaksa meng‘attack’ benteng pertahanan tersebut. Begitulah realitinya bagaimana kita dilagag-lagakan.

(3) Pelbagai berita mengenai kemalangan maut disebabkan arak, Umat Islam perlu fahami isu sebenar. Isunya ialah kuasa politik dikuasai oleh orang-orang sengal.

Hal yang sama di zaman pemerintahan BN. Mereka juga membiarkan arak berleluasa. Sama sahaja. Bahkan orang orang Melayu yang jadi tauke kilang arak pun ada.

Frame saraf PH sama sahaja. Apabila hari ini hangatnya isu arak, mereka akan kembali menimbulkan semula kerja-kerja BN terdahulu yang bersikap terbuka dengan arak.

Mengikis kepercayaan

(1) Perlu fahami frame psywar mereka. Kita sebagai ahli PAS bakal menanggung beban dosa-dosa lapuk BN. Ia sedang dipundakkan kepada kita hari ini.

Menguji kepercayaan masyarakat awam terhadap parti-parti politik, termasuk PAS. Adakah PAS benar-benar ingin bawa Islam? Tetapi mengapa bersama BN?

(2) Naratif ini sedang dimainkan. Sekurang-kurangnya apabila masyarakat semakin menyampah dengan PH, PAS juga turut di’menyampah’kan juga.

Bahasa mudahnya, ‘alang-alang terkorban, biar ada untung’. Perlu sedar bahawa di hadapan kita hari ini bukan isu rakyat, atau isu agama yang hangat.

Tetapi di hadapan mata kita ialah sebuah papan catur yang besar, yang sedang digerak-gerakkan. Pokoknya supaya kita tidak terjerat dengan permainan catur mereka.

(3) Perlu sedar juga modus operandi mereka melalui frame yang sama, kita dapati objektif mereka ialah ‘mengikis kepercayaan orang terhadap PAS’.

Dalam banyak isu, mereka hanya bermain di sekitar isu yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengikis kepercayaan. Kenapa mereka tidak target Umno?

Kerana mereka sudah tahu Umno sudah tidak dipercayai oleh rakyat. Tetapi hari ni Umno mungkin dapat tumpang kepercayaan orang terhadap PAS.

Menjadi orang yang dipercayai

(1) Jangan terlalu gelojoh untuk mengintai kemenangan di balik tabir. Kita biasanya melihat ‘percent’ kemenangan andai bermuafakat itu semakin luas.

Tetapi ada yang melihat, muafakat itu jerat untuk mengheret PAS ke dalam lembah fobia masyarakat terhadap Umno. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Kita tidak disuruh untuk memikul Umno membawa mereka ke arah ‘dipercayai masyarakat’ bersama PAS. Akan tetapi kita disuruh untuk menjadikan peluang ini menarik mereka bersama Islam.

(2) Di saat mereka sedang melontarkan peluru-peluru bagi mengikis kepercayaan terhadap PAS, maka kita patut muncul sebagai orang yang dipercayai.

Antaranya dengan berperanan sebagai orang yang ‘dipercayai’ dan diharapkan untuk menggantikan PH. Bukannya orang yang dilihat sama saja seperti BN dan PH.

(3) Isu Mercedes, isu RM50k, isu rumah, dan sebagainya jelas kita lihat mereka sedang mengikis kepercayaan itu. Maka apa yang perlu kita buat ialah ‘bina kepercayaan’.

Rasanya tak perlu dipoinkan satu persatu bagaimana membina kepercayaan itu. Masing-masing cuma perlu dibekalkan dengan kesedaran ini.

(4) Sesiapa sahaja sama ada ahli atau kepimpinan perlu bina kepercayaan orang terhadap PAS yang membawa agenda Islam, bukan agenda peribadi.

Kemenangan bakal berkunjung?

(1) Apa yang akan jadi jika kita diberi kemenangan? Bukanlah untuk diangan-angankan. Tetapi sekadar bermuhasabah terhadap kemenangan-kemenangan yang lalu.

Kelantan alhamdulillah kekal dalam tempoh yang lama. Tetapi di tempat -tempat lain, hanya sepenggal atau kurang daripadanya. Kita pula seronok membahan PH kerajaan sepenggal.

(2) Apa yang perlu dimuhasabahkan bila kemenangan itu dilihat semakin terbentang di hadapan mata ialah;

Advertisement


لَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ فِی مَوَاطِنَ كَثِیرَةࣲ وَیَوۡمَ حُنَیۡنٍ إِذۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡ كَثۡرَتُكُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنكُمۡ شَیۡـࣰٔا وَضَاقَتۡ عَلَیۡكُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّیۡتُم مُّدۡبِرِینَ

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.”


(3) Apabila kemenangan sudah semakin terlihat, maka akan terbuka segala pintu kekayaan yang telah menyebabkan prinsip-prinsip menjadi selembut span.

Yang mengeraskan prinsip itu hanyalah kefahaman dan keikhlasan. Perlu sentiasa diasah dengan tarbiah. Jangan terkejut apabila diberi kemenangan, ada yang mengatakan “sudah menang buat apa usrah?”

Kemenangan satu ujian

(1) Fenomena yang biasa kita lihat tatkala kemenangan diberikan, iaitu kita seolah-olah yakin bahawa inilah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah selama ini.

Lalu dalil-dalil kemenangan itu pun dibacakan. Masing-masing seolah-olah menarik nafas lega, dan mula meninggalkan tugas asal yang penuh kepayahan.

(2) Jawatan-jawatan yang bergaji besar ditawarkan kepada kita. Projek-projek yang lumayan akan dihidangkan kepada kita. Ketika itulah iman akan teruji dengan sebenar benarnya;



وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَیۡرِ فِتۡنَةࣰۖ وَإِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

“…. Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”

(al-Anbiya: 35)



(3) Satu ketika dahulu apabila baru memperoleh kemenangan, program-program parti akan diatur di dewan-dewan besar, di tempat tempat eksklusif dan sebagainya.

Markas-markas PAS akan terbiar kesepian. Ada yang didiami oleh ular, atau tempat ayam bertelur. Bangunan wakaf ini ‘perlu dihargai’ oleh kita.

(4) Gaji-gaji besar sebagai GLC atau yang setara dengannya, semakin gila untuk dibolot. Masing-masing ibarat sudah lupa etika pembahagian ghanimah.

Yang jadi pimpinan, biasanya akan dapat banyak. Ahli ahli biasa yang tukang angkat pimpinan, biasanya sekadar mengukir senyuman kelat.

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 25/1/2020