Doa cegah jangkitan Virus Corona

SAYA mengajak semua rakyat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Seterusnya kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar wabak jangkitan ini dapat dibendung dengan segera.

Sebagai tanda prihatin, PAS akan menggerakkan kempen kesedaran kepada rakyat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan, mengikuti perkembangan secara dekat dan bersiap sedia memberikan bantuan mengikut situasi semasa.

Semoga Allah melindungi kita semua.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 26/1/2020

Advertisement