Kuih bahulu paut hubungan kaum di Putatan

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan telah mengadakan program Edaran Bahulu CNY yang dijayakan sempena Tahun Baharu Cina di Pangsapuri Tanjung Aru, di sini kelmarin.

Advertisement

Aktiviti tahunan ini bertujuan meraikan masyarakat kaum Tionghua sempena perayaan tersebut terutama dalam menyantuni golongan berpendapatan rendah penghuni di sini.

Kunjungan rumah ke rumah oleh rombongan PAS Putatan ini telah mengedarkan kuih bahulu sebagai tanda asimilasi budaya pelbagai bangsa yang hidup harmoni di negara ini.

Hadir sama dalam ziarah ini adalah Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Putatan, Janira Ain Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Putatan, Mohd Rizal Nasri.

“Program sebegini ibarat serampang tiga mata. Ia mengikat penyatuan kepelbagaian bangsa serta budaya dalam keharmonian. Juga diharap dapat menggembirakan para penduduk berpendapatan rendah yang turut berkongsi kemeriahan.

“Diharapkan program sebegini dapat memasyarakatkan PAS dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum,” ujar Janira selepas program selesai. – HARAKAHDAILY 29/1/2020