Perang biologi: Sejarah dan fakta

LATAR belakang

(1) Di dalam artikel ini insya Allah kita akan berkongsi beberapa fakta berkenaan Perang Biologi (Biological Warfare) yang pernah berlaku di era kemodenan ini.

(2) Perang itu seni dan strategi. Bahkan Nabi S.A.W juga mengatur strategi dalam peperangan. Sejak zaman berzaman, persenjataan itu ditingkatkan teknologinya.

Hari ini tersebarnya Virus Corona di China. Dalam artikel ini saya tidaklah berniat untuk menyebarkan spekulasi. Akan tetapi sekadar untuk sharing sebagai maklumat, dan kewaspadaan.

(3) Bahasa mudah bagi Perang Biologi ini ialah perang dengan menggunakan virus sebagai senjata. Maka, ia bukan dihasilkan di kilang persenjataan, akan tetapi dihasilkan di makmal biologi.

Kegilaan manusia mencipta kejahatan, termasuklah dengan penggunaan senjata yang keji ini, selain daripada senjata kimia yang sangat kejam.

(4) Pada 1972 telah diadakan Persidangan Senjata Biologi (Biological Weapons Convention – BWC), di yang ditandatangani oleh lebih 100 negara [1].

Pada 1996, sebanyak 137 negara telah menandatanganinya berikutan meningkatnya negara yang berpotensi untuk menghasilkan senjata ini.

Walau bagaimanapun, penghasilannya dilihat masih berterusan. Projek projek masih berjalan, mungkin sebagai persediaan di akhir zaman.

Kedua kurun ke 6 SM dan Black Death

(1) Dari segi sejarahnya, penggunaan senjata ala ala virus ini pernah dilakukan dalam perang perang terdahulu. Antaranya yang diceritakan dalam buku Nicholas Hobbes.

(2) Buku yang bertajuk Essential Militaria yang diterbitkan pada 2003 itu menggambarkan bagaimana sejarah persenjataan sepanjang zaman.

Zaman kurun ke 6 SM tersebut antara bentuk bentuk serangan virus seperti;

(a) Meracun perigi atau bekalan air yang menjadi sumber minuman untuk menguasai tempat tersebut

(b) Menyalut najis pada anak panah

(c) Meletakkan ular beracun dalam tembikar, kemudian dilemparkan ke arah musuh

(3) Pada 2002, Mark Wheelis menerbitkan satu kajian yang bertajuk ‘Biological Warfare At The 1346 Siege Of Caffa’ [2] yang menceritakan fenomena Black Death
pada era tersebut.

Di era tersebut, berlakunya sebaran wabak virus ke atas tentera Mongol. Pada 1346, mayat mereka dari Golden Horde yang mati akibat wabak ini dilontar melintasi dinding bandar Crimean dari Caffa.

Serangan ini menyebabkan wabak ini tersebar dengan teruk. Gejala gejalanya kelihatan seperti lebam lebam di keseluruhan badan.

(4) Para pengkaji menjangkakan ia adalah faktor kepada Black Death yang membunuh 200 juta manusia [3] khususnya di Benuar Eropah. Ia menyebabkan Benua Eropah menyusut populasinya hingga 50 peratus [4]

Kurun ke 14 hingga 20

(1) Nicholas Hobbes juga menyatakan bahawa pada 1422, semasa pengepungan istana Bohemia di Karlstein, Hussite, mayat dan najis digunakan untuk dilemparkan ke luar tembok sebagai peluru.

(2) Laman web emedicinehealth.com menyiarkan artikel yang bertajuk Biological Warfare menceritakan bahawa Russia menyerang Sweden pada 1710 dengan melontar mayat yang dijangkiti virus. [5]

(3) Patrick J. Kiger ada menulis artikel yang bertajuk ‘Did Colonists Give Infected Blankets to Native Americans as Biological Warfare?’ bertarikh 15 November 2018.

Tulisan beliau menceritakan bagaimana kontroversi Komander British, Lord Jeffrey Amherst mengedarkan cadar yang terdapat virus smallpox dalam siri peperangan menentang Red Indian sekitar 1760-an.

(4) Pada 1840, Richard Henry Dana menerbitkan catatan pelayarannya dalam satu buku yan bertajuk Two Years Before the Mast, yang menceritakan bagaimana virus disebarkan melalui produk.

Kapal yang dinaiki oleh beliau tersimpan banyak barang untuk dihantar ke Rusia. Sejarah tempatan menyatakan bahawa virus cacar mula tersebar selepas kehadiran beliau di sana.

(5) Penggunaan virus atau kuman dalam peperangan adalah perkara biasa sebelum perjanjian pada 1972. Cuma teknologi penghasilannya masih berjalan.

(6) Di dalam sejarah Perang Dunia Kedua, agak terkenal nama Unit 731 yang ditubuhkan oleh Jepun. Ia adalah operasi penyelidikan untuk menghasilkan senjata biologi [6].

Unit 731 ditubuhkan pada tahun 1938 , ia juga mengendalikan penyelidikan rahsia dan sekolah eksperimen di Shinjuku, Tokyo. Ketuanya adalah Leftenan Shiro Ishii [7].

Unit 731 Jepun, dan Amerika

(1) Daniel Barenblatt menulis satu buku yang bertajuk ‘A Plague Upon Humanity’ menceritakan keterangan Mejar Jeneral Kiyashi Kawashima.

Beliau menyatakan bahawa, seawal 1941, sejumlah 40 orang ahli Unit 731 menjatuhkan pepijat yang dicemari plague dari udara di Hunan, China.

(2) Pada 1996, Hal God telah menerbitkan bukunya yang bertajuk Unit 731 Testimony menceritakan Tiga veteran Unit 731 memberi keterangan dalam hal ini.

Mereka merupakan orang terlibat dalam misi mencemari sungai Horustein dengan Bakteria Typhoid berhampiran tentera Soviet semasa Pertempuran Khalkhin Gol pada 1939.

(3) Buku yang bertajuk ‘Biohazard: The Chilling True Story of the Largest Covert Biological Weapons Program in the World – Told from Inside by the Man Who Ran It’ diterbitkan pada 1999

Buku ini menggambarkan bahawa beberapa buah negara bertindak balas terhadap strategi Jepun tersebut. Masing-masing memulakan pembangunan program Senjata Biologi pada 1941

(a) Pusat bagi penyelidikan senjata biologi Amerika Syarikat adalah di Fort Detrick, Maryland

(b) Sesetengah penyelidikan biologi dan senjata kimia juga turut dilakukan di Dugway Proving Ground di Utah, di Terre Haute, Indiana.

Krisis Perang Dingin

(1) Semasa perang Dingin berlangsung antara 1947-1991, Amerika dan Soviet masing masing membina teknologi senjata biologi masing masing.

(2) Ada satu artikel yang disiarkan oleh The New York Times yang bertajuk The United States and Biological Warfare Secrets from the Early Cold War and Korea [8].

Artikel yang ditulis oleh Stephen Endicott dan Edward Hagerman menceritakan dakwaan China dan Korea Utara terhadap Amerika menggunakan senjata biologi.

(3) Kanneth Allibek yang menulis buku Biohazard tadi, menyatakan bahawa pada November 1969, Richard Nixon menandatangani arahan khas supaya Amerika menghentikan penghasilan senjata biologi.

Cuma yang dibenarkan hanya untuk penyelidikan saintifik terhadap ejen biologi yang membunuh, dan langkah mempertahankan diri, seperti imunisasi.

(4) Pada 28 Februari 2001, Jama Network menerbitkan satu artikel yang bertajuk ‘Botulinum Toxin as a Biological Weapon’ menceritakan Pasca Perang Teluk 1991 [9].

Di dalam artikel ini mendakwa bahawa Iraq pernah mengaku kepada PBB telah menghasilkan sejumlah Toksin Botulinum yang mampu membunuh semua manusia di atas muka bumi.

Walau bagaimanapun, penyelidikan untuk menghasilkan virus dilihat masih berterusan secara senyap. Mungkinkah beberapa projeknya sedang dilancarkan? Wallahuaklam.

[1] https://www.un.org/disarmament/wmd/bio/

[2] https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.researchgate.net/publication/11193051_Biological_Warfare_at_the_1346_Siege_of_Caffa&ved=2ahUKEwiFiZ7QgKfnAhVIfH0KHQVWCSEQFjAKegQIAhAB&usg=AOvVaw37qIDybs6sfbjMOk496M2g&cshid=1580238906801

[3] https://www.wired.com/2001/10/black-deaths-gene-code-cracked/

[4] http://www.abc.net.au/science/articles/2008/01/29/2149185.htm

[5] https://www.emedicinehealth.com/biological_warfare/article_em.htm#what_is_the_history_of_biological_warfare

[6] https://allthatsinteresting.com/unit-731

[7] https://unit731.org/

[8] https://archive.nytimes.com/www.nytimes.com/books/first/e/endicott-biological.html

[9] https://jamanetwork.com/journals/jama/article-abstract/193600

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 30/1/2020

Advertisement