Bahana arak

ARAK merupakan sejenis minuman yang memabukkan. Segala suatu yang membawa kepada mabuk adalah haram di sisi syarak.

Firman Allah S.W.T:

Advertisement


“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah kotor dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[Al-Ma’idah: 90]



Di sebalik pengharaman arak

(1) Ia adalah najis dan kotor.

Mengikut mazhab Imam Syafie, arak serta minuman yang memabukkan adalah najis.

(2) Merencatkan akal fikiran dan merosakkan tubuh badan.

Kandungan alkohol di dalamnya boleh merosakkan sistem imunisasi badan.

(3) Ia adalah tajaan syaitan.

Syaitan berkerja keras untuk membawa manusia kepada kebinasaan.

Implikasi minum arak

Hilang mutu pengabdian diri kepada Allah S.W.T.

Hancur nilai kemanusiaan dalam diri.

Boros dalam penggunaan harta.

Diri dikuasai hawa nafsu.

Gugur iman dari diri.

Tindakan yang perlu diambil

(1) Individu

Hapuskan stok arak dalam simpanan.

Berhenti membeli dan meminum arak.

Tanamkan dalam diri ‘Arak haram’ dan ‘Arak najis’.

Bertaubat dan tingkatkan mutu pengabdian diri kepada Allah S.W.T.

(2) Keluarga

Menasihati anggota keluarga supaya menjauhi arak.

Memberi bimbingan dan peringatan tentang bahaya dan haram arak.

Menghadkan wang perbelanjaan harian.

Meluangkan masa bersama keluarga dalam mengeratkan hubungan sesama ahli.

Ketua keluarga bertanggungjawab membawa ahli keluarganya menghadiri ceramah agama sebagai usaha menguatkan pegangan Islam dalam diri.

(3) Kerajaan

Mengharamkan penjualan arak secara terbuka kepada orang awam terutama orang Islam.

Menghadkan pengeluaran lesen untuk pembukaan premis penjualan arak.

Mengadakan kempen kesedaran tentang pengharaman arak.

Melaksanakan Syariat Allah S.W.T dengan mengenakan 40 kali sebatan bagi muslim yang disabitkan kesalahan minum arak.

Meletakkan had umur dan kawalan premis (tidak terbuka) bagi peminum arak bukan Islam dan mengenakan tindakan bagi yang gagal mematuhi undang-undang yang dikeluarkan.

Mengenakan tindakan undang-undang yang berat kepada pemandu yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk lalu mencedera atau membunuh orang lain.

Kata Ibn ‘Ataillah As Sakandari:


“Sekiranya engkau tahu bahawa syaitan itu tidak pernah lupa padamu walau seketika, maka janganlah sedetik pun engkau leka dan alpa kepada Allah S.W.T yang nasibmu berada dalam kekuasaanNya.”


Sekian

“Islam Memimpin Perpaduan”

Oleh: FATIMAH AZ ZAHRA’
Ahli Jawatankuasa Kerja Jabatan Dakwah PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/1/2020