Gesa Malaysia tolak Pelan Damai US-Israel

SAYA menggesa Wisma Putra mengeluarkan pendirian menolak pelan damai yang dikemukakan Presiden US, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap konflik di wilayah Palestin.

Jelas tawaran yang dikemukakan dalam pelan damai berkenaan tidak sekali menggambarkan prinsip menang-menang, bahkan ia cenderung menyebelahi kemahuan dan kehendak negara haram Israel.

Pelan damai berkenaan bukan sahaja menyerahkan kedaulatan Jerusalem bulat-bulat sebagai ibu negara berdaulat Israel, malah lebih malang akan turut meng’halal’kan penempatan haram Israel khususnya di Tebing Barat.

Sebelum ini, pentadbiran Trump juga pernah mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel serta menyatakan pendirian secara unilateral bahawa penempatan haram yang dibuka pihak berkuasa Israel sebagai tidak melanggar Undang-undang Antarabangsa.

Justeru, pendirian Wisma Putra dalam hal ini perlu jelas dan tegas bahawa Malaysia tidak akan sesekali mengiktiraf pelan damai yang dikemukakan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SENATOR DATO’ HJ HUSAIN AWANG
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 31/1/2020

Advertisement