Sabah gantung penerbangan China keputusan bijak

PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah yang mengambil langkah tepat bagi membendung penularan kes Virus Korona di Sabah.

Langkah kerajaan negeri yang menggantung sementara semua penerbangan dari negara China adalah langkah pencegahan terbaik bagi menangani isu ini.

Ini selari dengan pandangan PAS kerana buat masa ini kepentingan rakyat majoriti adalah lebih penting.

Saya juga yakin kes seumpama ini hanya bersifat sementara dan akan lebih cepat dibendung sekiranya pihak berkuasa dapat mengelakkan kemasukan pelancong China ke Sabah dan juga Malaysia secara umum.

Penurunan kemasukan pelancong juga saya kira hanya bersifat sementara kerana tarikan pelancong di Sabah amat banyak dan menarik.

Di samping itu, PAS Sabah juga menasihati seluruh rakyat agar teruskan berdoa agar penularan virus ini tidak berlarutan lama dan keadaan semuanya akan kembali pulih seperti sediakala.

Selain itu masyarakat juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agar tidak menyebarkan berita palsu mengenai virus ini supaya keadaan masyarakat akan lebih tenang dan terkawal.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
31 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 31/1/2020

Advertisement