‘Usrah Outdoor Santai Boling’ rapat ukhwah

KEMAMAN: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah menganjurkan ‘Usrah Outdoor’ Santai Boling bertempat di Mesra Mall Kerteh, di sini kelmarin.

Advertisement

Semua perserta yang terlibat adalah terdiri daripada seluruh Ahli Jawatankuasa Pemuda DUN dalam Kemaman di mana sebanyak 16 lorong telah digunakan sepanjang program ini berlangsung.

Pengerusi DACS Kemaman, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, program ini merupakan anjuran bersama DACS dan Lajnah Tarbiyah Pemuda Kemaman bertujuan untuk mengeratkan silaturahim

“Selepas selesai pertandingan ini, peserta-peserta diisi dengan tazkirah ringkas daripada Lajnah Tarbiyah Pemuda untuk meningkatkan semangat perjuangan dalam diri pemuda,” ujarnya.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood yang dalam ucapannya sempat berpesan agar terus beristiqamah bersama Islam dan menjaga silaturahim. – HARAKAHDAILY 31/1/2020