PAS Bintulu ziarah kaum Tionghua

BINTULU: Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan kunjungan ziarah kepada masyarakat kaum Tionghua di sekitar Pasar Tamu, di sini hari ini.

Advertisement

Lawatan ini dalam rangka mengeratkan hubungan dengan kaum tersebut sempena Tahun Baharu Cina menerusi edaran kuih bahulu dan juga risalah khas yang disediakan.

Program tahunan ini telah dipimpin Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Bintulu, Zaitun Mohd Said bersama anggota delegasi dari kedua-dua dewan itu.

“Kehadiran kami diterima baik masyarakat Cina di sini walaupun berlainan agama tetap mampu hidup aman damai dengan semangat perpaduan yang tinggi,” ujarnya.

Risalah dakwah yang disampaikan itu mengandungi maklumat mengenai Nabi Muhammad S.A.W dalam bahasa Mandarin. – HARAKAHDAILY 2/2/2020