Al-Azhar yang sebenar

KRITIKAN pedas Syeikhul Azhar

(1) Semalam dan hari ini kita dikejutkan dengan kenyataan Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib yang mengkritik Rektor Universiti Cairo dalam satu pembentangan.

Pembentangan tersebut di Mu’tamar al Azhar al Alami Lit Tajdid Fil Fikril Islami مؤتمر الأزهر العالمي للتجديد في الفكر الإسلامي jelas beberapa statement Rektor Uni. Cairo yang mengundang kontroversi.

(2) Hal ini telah direkodkan di dalam banyak media yang boleh dilayari melalui youtube [1]. Hari ini pula Syeikhul Azhar dihujani dengan pelbagai tohmahan.

Bahkan tohmahan-tohmahan tersebut dihidangkan oleh media media, dilihat ‘menyerang’ Syeikhul Azhar. [2] Ada yang berhujah secara ilmiah, ada yang semberono.

(a) Ada yang menganggap tindakan Syeikhul Azhar itu tidak sepatutnya atas alasan beliau sebagai tuan rumah, dan kritikan tersebut di hadapan para tetamu luar negara [2]

(b) Dr Mabruk Atiyyah, salah seorang pensyarah al Azhar di bahagian Syariah menyatakan dialog tersebut sudah seperti pembentangan tesis PhD. [2]

(c) Rektor Universiti Cairo Dr Muhammad Uthman al Khasyat dikatakan sebagai seorang ahli falsafah (pemikir) yang senior di Mesir [2]

Maka ada yang menganggap kritikan Syeikhul Azhar itu tidak sepatutnya memandangkan lontaran Dr Muhammad itu bersifat idea.

Media menyerang Syeikhul Azhar


(1) Dialog tempoh hari dijadikan bahan bualan utama media media. Media menyerang dari sudut protokol. Manakala hujah Syeikhul Azhar dari sudut ilmiah menolak kecelaruan Dr Muhammad.

Namun, media terjemahkan pembentangan Dr Muhammad sebagai idea baharu yang tak sepatutnya dikritik. Di sana ada perbincangan samada kritikan itu bersifat akademik atau politik. [3]

(2) Dr Abdul Muniem Fuad, Pensyarah Aqidah dan Falsafah Universiti al Azhar menyatakan bahawa kritikan Syeikhul Azhar bersifat akademik, di sekitar perbahasan memperbaharui pemikiran Islam.

Akan tetapi media menyerang Syeikhul Azhar atas alasan tidak meraikan pandangan orang lain. Antara yang kuat menyerang ialah Muhammad al Baz. [3]

(3) Dr Amru Abd Rahman pula menyatakan bahawa kontroversi itu membawa mesej-mesej politik yang sengit dari Syeikhul Azhar kepada para pengkritiknya iaitu dalam aspek pembaharuan wacana agama [3]

Beliau menyatakan lagi bahawa sejak Julai 2013, Syeikhul Azhar sudah menyuarakan pendirian al Azhar yang terasing daripada pertelingkahan politik Mesir.

(4) Abu Hamid dalam Channel DW menyatakan bahawa kesudahan daripada muktamar itu menggambarkan bahawa al Azhar tiada idea untuk berkembang [3]

Akan tetapi hal ini dipertahankan oleh Dr Amru Abd Rahman bahawa Syeikhul Azhar cuba membawa al Azhar supaya tidak berada di bawa pengaruh Presiden Mesir [3]

Al-Azhar Tidak Terikut Dengan Abdul Fattah Sisi

(1) Dr Amru menyatakan bahawa [3]

“Dr Ahmad Tayyib mempunyai idea-idea progresif yang melangkaui semua Pensyarah Al-Azhar, tetapi dia tidak mahu Al-Azhar menjadi alat di tangan Sisi yang ‘mengontrol’ Al Azhar mengikut acuannya terhadap gerakan politik Islam”

Katanya lagi, “Beliau (Syeikhul Azhar) mempunyai populariti yang tinggi secara dalaman dan luaran, beliau peka dengan suasana masyarakat Mesir konservatif, dan pada masa yang sama sukar untuk mengatakan bahawa samada beliau menyokong gerakan gerakan Islam Islam atau pun menentang kerajaan”.

(2) Ini bukan kali pertama al Azhar agak berbeza dengan pemerintahan Abdul Fattah Sisi, Presiden Mesir yang naik atas tiket penggulingan.

(a) Pada Julai 2013, Syeikhul Azhar menyatakan sokongan terhadap peralihan kuasa, iaitu penggulingan Dr Morsi dan diserahkan kepada tentera yang dikepalai oleh Abdul Fattah Sisi [4]

Pendiriannya bagi menjaga darah Umat Islam, dan mengelakkan perang sudara. Hal ini turut disokong oleh beberapa institusi Islam yang lain seperti Darul Ifta’.

(b) Namun, pada 2017, berlakunya perselisihan antara ketetapan al Azhar dan kerajaan Mesir, apabila al Azhar menolak untuk bertemu Naib Presiden Amerika, Mike Pence yang mengunjungi negara itu. [5]

Pada November 2018, berlakunya perselisihan secara terbuka, apabila Abdul Fattah Sisi dalam ucapannya ‘menjawab’ kenyataan Syeikhul Azhar [6]

Al Azhar vs Amerika atau Israel

(1) Isu yang terjadi pada Disember 2017, apabila Al Azhar berpendirian menolak untuk bertemu Naib Presiden Amerika atas alasan negara itu telah mengiktiraf Jurusalem sebagai ibu kota Israel.

Walaupun pada asalnya Syeikhul Azhar bersetuju untuk mengadakan temu janji tersebut, namun setelah mana Amerika mengisytiharkan ibu kota baru bagi Israel seminggu sebelum itu, beliau menarik diri [5]

(2) Pada 17 dan 18 Januari 2018, al Azhar dengan kerjasama Majlis Hukama telah menganjurkan satu persidangan antaranya menyeru Umat Islam bersatu menolak pengisytiharan Amerika itu. [7]

Selain itu, Al Azhar menjadikan tahun 2018 sebagai tahun al Quds dan menetapkan silibus pengajian al Azhar menceritakan mengenai al Quds [7]

(3) Pada November 2019, Al Azhar mengecam kenyataan Amerika terhadap pendudukan Israel secara haram, membunuh rakyat Palestin dan melanggar dasar dasar keamanan [8]

Di sini kita boleh lihat secara jelas pendirian Al Azhar yang menolak dasar dasar jahat Amerika yang menyokong penubuhan negara haram Israel.

(4) Berhubung dengan pengisytiharan Donald Trump mengenai Pelan Damai terbaru Amerika, Syeikhul Azhar menyatakan kekesalan terhadap pengisytiharan tersebut

“Saya sangat malu melihat pelan Trump dan Netanyahu yang mengumumkan Deal Of The Century. Tidak ada seorang Arab atau seorang Muslim pun” [1]

Al Azhar vs Deal Of The Century

(1) Sebuah tulisan yang menarik disiarkan pada 30 Januari 2020 oleh Ishom Talimeh berkenaan pendirian al Azhar yang tidak pernah berubah berkenaan isu Palestin. [9]

(a) Beliau menyatakan bahawa al Azhar belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung Pelan Damai Deal Of The Century yang diumumkan oleh Donald Trump beberapa hari lepas.

(b) Beliau menyatakan bahawa kalau al Azhar keluarkan kenyataan sekalipun, sudah pasti tidak akan disiarkan oleh media media yang berada di bawah cengkaman Presiden Mesir.

(2) Lalu beliau menukilkan keputusan Muktamar Majma’ Al Buhuth Al Islamiah pada 1972, di bawah al Azhar. Pendirian ini tidak pernah berubah hingga ke saat ini.

Iaitu pendirian yang jelas menentang kerja kotor Israel terhadap Palestin yang mendapat sokongan Amerika. Bahkan, al Azhar menyeru supaya Umat Islam bersatu mempertahankan Palestin [9]

Seruan terhadap negara-negara Umat Islam dan kepimpinannya untuk agar menentang kerja kotor Israel Zionis yang menjajah negara Umat Islam itu.

(3) Pendirian Muktamar Ulamak Islam di Al Azhar ini diadakan pada 14 September 1972, bersamaan 6 Sya’ban 1392 dengan dihadiri Presiden Mesir Anwar Sadat

Pendirian yang sama juga dalam muktamar sebelum itu, yang diadakan pada 11 Oktober 1966, yang turut dihadiri oleh Presiden Mesir Jamal Abd Nasir

Al Azhar dan Ikhwan Muslimin

(1) Pendekatan al Azhar secara rasmi tidak menolak Ikhwan Muslimin berdasarkan kenyataan rasmi daripada Syeikhul Azhar sendiri pada Mei 2013. [10]

(a) Sejak sekian lama, Al Azhar sendiri menggunakan Fi Zhilal al Quran dan karangan-karangan Syed Qutb yang sebagai rujukan dalam silibusnya secara profesional [11]

(b) Syeikh Mutawalli Syaarawi yang diiktiraf oleh Al Azhar juga menukilkan petikan Fi Zhilal al Quran karangan Syed Qutb dalam tafsirnya [12]

Bahkan Syeikh Syaarawi turut mengiktiraf usaha usaha Syed Qutb [13]. Manakala Syeikhul Azhar sendiri pernah mengiktiraf keilmuan Syeikh Mutawalli Syaarawi itu [14].

(2) Selain apa yang disenaraikan, antara silibus al Azhar yang menjadikan karangan Syed Qutb sebagai rujukan;

(a) Kitab an Nuzum al Islamiah (النظم الاسلامية) yang digunakan di Fakulti Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (perempuan) pada halaman 15 hingga 20 menukilkan tulisan Syed Qutb dalam Fi Zhilal Quran.

(b) Kitab Wasa’il Ad Dakwah al Islamiah (وسائل الدعوة الاسلامية) yang dikarang oleh Dr Abdul Rahmad Jirah seorang pensyarah al Azhar yang banyak menukilkan tulisan Syed Qutb.

Kitab ini menjadi silibus di Al Azhar Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah, tahun 3. Bahkan pada halaman 95 mengiktiraf keilmuan Syeikh Yusof al Qaradawi.

(3) Kitab أبرز المؤسسات الدعوية في القرن العشرين yang juga menjadi silibus al Azhar bagi Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah, tahun 4, Dr Bakar Zaki Iwad yang merupakan Dekan Fakulti Usuluddin Uni. Al Azhar sesi lepas.

[1] https://youtu.be/Lq–dUtUuGk

[2] http://mubasher.aljazeera.net/news/%D9%87%D8%AC%D9%88%D9%85-%D8%A5%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B2%D9%87%D8%B1-%D8%A8%D8%B9%D8%AF-%D8%B1%D8%AF%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%B1%D8%A6%D9%8A%D8%B3-%D8%AC%D8%A7%D9%85%D8%B9%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%A7%D9%87%D8%B1%D8%A9-%D9%81%D9%8A%D8%AF%D9%8A%D9%88

[3] https://www.google.com/amp/s/amp.dw.com/ar/%25D9%2585%25D8%25B5%25D8%25B1-%25D8%25B3%25D8%25AC%25D8%25A7%25D9%2584-%25D8%25B4%25D9%258A%25D8%25AE-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A3%25D8%25B2%25D9%2587%25D8%25B1-%25D9%2588%25D8%25B1%25D8%25A6%25D9%258A%25D8%25B3-%25D8%25AC%25D8%25A7%25D9%2585%25D8%25B9%25D8%25A9-%25D8%25A7%25D9%2584%25D9%2582%25D8%25A7%25D9%2587%25D8%25B1%25D8%25A9-%25D8%25AE%25D9%2584%25D8%25A7%25D9%2581-%25D8%25B9%25D9%2584%25D9%2585%25D9%258A-%25D8%25A3%25D9%2585-%25D8%25B3%25D9%258A%25D8%25A7%25D8%25B3%25D9%258A/a-52201062

[4] https://m.facebook.com/ust.huzaifah/photos/a.301295233239321/575853249116850/?type=3

[5] https://m.dw.com/ar/%D9%82%D8%B6%D9%8A%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%AF%D8%B3-%D8%A8%D9%8A%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B2%D9%87%D8%B1-%D9%88%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%A6%D8%A7%D8%B3%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B5%D8%B1%D9%8A%D8%A9-%D8%A7%D8%AA%D9%81%D8%A7%D9%82-%D8%B8%D8%A7%D9%87%D8%B1-%D9%88%D8%AE%D9%84%D8%A7%D9%81-%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%AA%D8%B1/a-41825914

[6] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1089272614789102&id=206388199744219

[7] https://www.google.com/amp/s/m.youm7.com/amp/2018/1/18/%25D9%2586%25D8%25B5-%25D8%25A5%25D8%25B9%25D9%2584%25D8%25A7%25D9%2586-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A3%25D8%25B2%25D9%2587%25D8%25B1-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25B9%25D8%25A7%25D9%2584%25D9%2585%25D9%2589-%25D9%2584%25D9%2586%25D8%25B5%25D8%25B1%25D8%25A9-%25D8%25A7%25D9%2584%25D9%2582%25D8%25AF%25D8%25B3-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A5%25D9%2585%25D8%25A7%25D9%2585-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A3%25D9%2583%25D8%25A8%25D8%25B1-2018-%25D8%25B9%25D8%25A7%25D9%2585%25D8%25A7/3607362

[8] https://www.google.com/amp/s/www.alarabiya.net/ar/amp/arab-and-world/egypt/2019/11/13/%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A3%25D8%25B2%25D9%2587%25D8%25B1-%25D8%25BA%25D8%25A7%25D8%25B1%25D8%25A7%25D8%25AA-%25D8%25A7%25D8%25B3%25D8%25B1%25D8%25A7%25D8%25A6%25D9%258A%25D9%2584-%25D8%25B9%25D9%2584%25D9%2589-%25D8%25BA%25D8%25B2%25D8%25A9-%25D8%25A7%25D8%25B1%25D9%2587%25D8%25A7%25D8%25A8%25D9%258A%25D8%25A9

[9] https://m.arabi21.com/Story/1241257

[10] https://youtu.be/GOVeWzLJMB4

[11] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1733511580023928&id=100000953077134

[12] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2172470992794649&id=100000953077134

[13] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2617169208331137&id=100001142497725

[14] https://almalnews.com/%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B2%D9%87%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B9%D8%B1%D8%A7%D9%88%D9%8A-%D8%A3%D8%A8%D8%B1%D8%B2-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AC%D8%AF%D8%AF/

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 3/2/2020

Advertisement