DAP dominasi PH, rakyat mahu tukar k’jaan

PASIR SALAK: Kemenangan lima kali berturut-turut oleh parti politik yang ditunjangi semangat Muafakat Nasional dalam PRK telah menjadi isyarat bahawa rakyat tidak sanggup lagi berada di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Advertisement

“Satu demi satu rakyat menunjukkan penolakan terhadap PH dan yang terbaru, Sabah juga menolak PH dengan mesej PRK P.176 Kimanis. Dan kita juga yakin sekiranya ada lagi PRK, Muafakat Nasional tetap akan menang dan menang lagi.

“Kita jangan hampakan harapan rakyat dan meneruskan kerjasama ini,” demikian kata Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri sempena Himpunan Warga FELCRA 2.0 di Markas PAS Kampung Gajah, di sini kelmarin.

Menurut beliau, DAP hari ini mempunyai kekuatan kerusi melalui 42 Parlimen, tujuh Senator di mana menjadi suara yang kuat dalam Parlimen dan sedang mencorakkan Malaysia, termasuk juga punyai 30 EXCO Kerajaan Negeri.

Selain turut memegang jawatan enam Menteri serta tujuh Timbalan Menteri, selain dua Speaker Dewan, 450 Ahli Majlis Daerah, 500 ketua kampung, termasuk di Perak yang mempunyai EXCO paling ramai hingga mereka boleh memberi tekanan yang sangat kuat  kepada kerajaan.

“Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming masih lagi mendesak Menteri Besar Perak untuk memberi hak milik kekal 999 tahun pemilikan tanah kepada Kampung Baru dan kepada kaum mereka semata-mata sehingga ke hari ini. Baru-baru ini Nga Kor Ming menuntut lagi untuk melaksanakan UEC.

“Dan mengugut untuk keluar daripada kerajaan sekiranya tidak ditunaikan. Kita kata, keluarlah. Kita nak tengok DAP cepat-cepat keluar. Namun kita tahu mereka takkan keluar kerana seronok menguasai kerajaan dan menikmati hasil khazanah negara sedang mengagih-agihkan sesama mereka.

“Malaysia negara unik yang sentiasa cuba meraikan hak semua kaum dengan tidak menghalang pendidikan sekolah kaum lain. Keistimewaan ‘multiracial’ ini tidak dapat di negara lain. Namun kerakusan DAP ingin lebih lagi daripada apa yang telah diberi untuk kepentingan parti dan kelompok mereka.

“Mereka ini takut dengan tulisan Jawi. Yang paling lantang mengekang pelaksanaan 4 muka surat Jawi ini adalah DAP yang didokongi Dong Zhong. Mereka takut pada bayang-bayang sendiri, tapi sebaliknya bila melibatkan kepentingan mereka. Antara yang menjadi mangsa tekanan DAP ini adalah Dr Maszlee Malik.

“Perkara peliknya mereka ini dah bawa bincang dalam kabinet isu berkaitan, dah dipersetujui bersama, keluar dari kabinet, mereka lawan lagi keputusan kabinet untuk kepentingan mereka. Mereka lawan sesiapa yang menghalang kehendak mereka,” ujarnya jelik terhadap sikap DAP.

Ustaz Hafez turut menyentuh isu komik ‘Jalur dan Lebar’ yang diedar di sekolah-sekolah untuk mendoktrin mengenai ideologi Komunis China di mana ia didalangi DAP sebagaimana disahkan menerusi Pengantarnya, tetapi dihalang dan ditarik balik kementerian.

“Mereka buat dan kemudian apabila hadapi tekanan, mereka tarik balik. Inilah musuh kita yang nyata, iaitu DAP. Kita akan bertindak mengekang kuasa DAP dengan muafakat nasional. Apabila DAP tumbang, maka akan tumbanglah seluruh PH. Kekuatan mereka ada pada DAP, jika hilang tunjang mereka, maka jatuhlah PH,” optimisnya.

Ketua Wanita Umno Perak merangkap ADUN Kampung Gajah, Dato’ Dr Wan Norasyikin Wan Nordin turut menegaskan isu berkaitan masalah dibawa PH sepanjang pemerintahannya yang tidak sampai dua tahun ini.

“Kita tak boleh harap apa-apa dengan Menteri PH. Kita ambil contoh kempen ‘Buy Muslim First’ yang dijalankan di Perak sebelum ini, mereka dari PAN tidak sokong dan mengeluarkan pekeliling memberi arahan kepada masjid-masjid agar tidak sahut atau terlibat.

“Malahan mereka buat kempen ‘Buy Halal First’. Mereka ini sanggup diperkudakan DAP. Kerajaan Pusat dan negeri Perak tunjangnya adalah daripada DAP. Walaupun Perdana Menteri dari Melayu. DAP tidak memperjuangkan rakyat secara keseluruhannya tetapi hanya memperjuangkan kelompok mereka.

“Mereka tidak peduli orang Melayu Kampung Gajah, tapi mereka sibuk tuntut dan desak hak milik tanah 999 tahun untuk Kampung Baru. Mereka tak peduli Sungai Manik, mereka peduli Sungai Wang Plaza, orang bandar.

“Kita (petani) tak dipeduli oleh mereka, harga sawit, harga getah turun mereka tak peduli kepada orang kampung. Yang mereka peduli sibuk nak bawa abu mayat Chin Peng. Tiada apa yang boleh kita harapkan dengan PH,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 3/2/2020