Pertambahan dua lagi kes positif virus Corona

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun disahkan positif virus Corona.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini menjadikan kes pertama melibatkan warganegara Malaysia.

Katanya, keluarga mangsa akan diletakkan di bawah pengawasan di rumah selama 14 hari.

Mangsa dikatakan menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di Singapura pada 16 sehingga 23 Januari lalu.

Dzulkefly berkata mangsa disahkan positif virus Corona sejak semalam telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh.

Selain itu, pertambahan satu lagi kes terbaharu membabitkan lelaki warganegara China berusia 63 tahun berasal dari Wuhan.

Berikutan pertambahan dua kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus Corona setakat hari ini adalah sebanyak sepuluh kes. – HARAKAHDAILY 4/2/2020

Advertisement