Virus Corona tidak jejas TMK 2020

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan optimis Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020 berjalan mengikut perancangan awal biarpun berlaku wabak virus Corona di China.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, industri pelancongan di Kelantan tidak begitu terjejas dengan penularan wabak tersebut.

“Ini kerana sasaran pelancong bukan hanya dari negara China,” katanya selepas Pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Kelantan 2020 bertema Keluarga, Makanan dan Festival peringkat Konsortium E-Mutiara Berhad di Hotel Grand River View hari ini.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.

Bagaimanapun Md Anizam juga berkata, kemungkinan berlaku penurunan sedikit jumlah kedatangan pelancong ke Kelantan tahun ini berikutan wabak tersebut. – HARAKAHDAILY 4/2/2020

Advertisement