Ziarah Kebajikan jengah kehidupan penduduk

LARUT: Sekretariat Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah telah melaksanakan Ziarah Kebajikan menyantuni para penduduk di beberapa perkampungan di Air Itam, Batu 20 dan Pantai Besar di sini baru-baru ini.

Advertisement

Kunjungan tersebut disamping mengambil maklum perkembangan semasa kehidupan penduduk, juga antara inisiatif ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya untuk menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian.

Sumbangan-sumbangan yang diberi merupakan hasil pemberian para dermawan untuk diagihkan oleh pihak Pusat Khidmat kepada para penduduk terutamanya dalam kalangan asnaf dan memerlukan bantuan.

Turut diziarahi dan diberikan rangsangan semangat oleh Ustaz Khalil adalah Khayri Hamid atau mesra dengan panggilan Pak Cik Hairi yang baru kehilangan dua anaknya sekali gus kerana terlibat dalan kemalangan jalan raya.

Terdahulu Ustaz Khalil telah menziarahi kematian penduduk di Jemerang Setar dan solat jenazah di Kampung Air Itam Jelai disebalik kepadatan jadual yang telah sedia diatur pada hari berkenaan.

Para dermawan dialukan untuk terus menyumbang ke akaun Maybank 1580 5191 1775 atas nama Dana Prihatin Kubu Gajah dan sebarang pertanyaan hubungi 0195494150. – HARAKAHDAILY 5/2/2020