Ura-ura Pakatan Nasional: PAN sudah gabra?

INI ADALAH kenyataan-kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, dalam bual bicara Jom Channel Online bertajuk “Pakatan Nasional – Suatu Pembohongan?” malam tadi:

Advertisement

1.    “Rasa Tun selesakah nak duduk dengan dia orang ni semua yang dulu duk kutuk dialah, “kafir” dan sebagainya, PAS pun sendiri dan sebagainya, dan Syed Saddiqnya baru saja kena dilayani yang sebegitu rupa, rasa dia orang selesakah?”

2.    “Dan kalau Tun masuk dalam Pakatan Nasional itu kononnya, dia keadaan dia adakah dia terjamin sedangkan dia tahu yang dalam itu jauh lebih tebal permusuhan mereka terhadap Tun berbanding dengan yang ada di dalam Pakatan Harapan?”

3.    “Kalau dia buat sepertimana yang dicadangkanlah ataupun yang digambarkan macam mana pandangan masyarakat terhadap dia?”

4.    “Saya yakin Tun tidak mahu meninggalkan satu legasi di mana dia akan diingat sebagai seorang yang telah menggagalkan usaha untuk membawa perubahan yang positif kepada politik negara.”

5.    “Hakikatnya Tun tak akan melakukannya kerana imej antarabangsa dia akan drop, dia akan dilihat bukan sekadar di peringkat antarabangsa tetapi di dalam negara sebagai seorang pemimpin yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan.”

Sepintas lalu, kenyataan-kenyataan Khalid Samad ini menggambarkan keadaan seseorang yang:

1.    Cuba meyakinkan diri beliau sendiri dan cuba meyakinkan para penyokong beliau bahawa Pakatan Nasional yang dibimbangi itu tidak akan berlaku.

2.    Cuba mendatangkan keraguan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokong beliau bahawa kedudukan beliau akan lebih teruk di dalam Pakatan Nasional.

3.    Cuba menimbulkan ugutan halus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokong beliau bahawa beliau akan dikecam jika meninggalkan Pakatan Harapan.

Soalnya ialah apakah Khalid Samad dan PAN sudah gabra? – HARAKAHDAILY 6/2/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.