Jentera PAS siap sedia menangi kerusi ditandingi

PRN12 merupakan penanda aras terbaik buat PAS Negeri Sarawak mengembangkan pengaruh politik sekali gus memenangi sekurang-kurangnya satu Dun di Sarawak.

Advertisement

Beting Maro merupakan DUN prospek yang baik untuk PAS menang. Memandangkan lokaliti dan dinamika budaya politik penduduk di sini yang terbuka, sekali gus menyakinkan PAS mampu memenangi Beting Maro kali ini.

PAS Sarawak sedang memantapkan Jabatan Pilihan Raya Kawasan khususnya di Beting Maro dalam semua aspek termasuklah  pemilihan calon dan strategi menawan hati pengundi. Lantaran itu, PAS Sarawak telah mewujudkan ‘task force’ dengan melatih protege-protege jentera Beting Maro dengan kerjasama PAS Kelantan.

Kegagalan membangunkan Beting Maro dan mengatasi permasalahan penduduk di sini yang masih dibelenggu dengan isu-isu kemudahan asas seperti bekalan air, pembangunan hiliran dan pengangguran dalam kalangan anak muda serta kadar kemiskinan. Permasalahn ini, memberi gambaran bahawa Beting Maro memerlukan YB yang baru dan sangat kompeten dalam masa sama mampu mengatasi masalah dihadapi penduduk.

Justeru, Pemuda PAS Sarawak meletakkan keyakinan tinggi dengan perancangan dan strategi jentera PAS yang mantap serta tersusun, mampu membawa sinar dan harapan baru buat penduduk di sini untuk mendapat pembelaan dan keperihatan dari pihak kerajaan.

Selain gerak kerja dan program turun padang PAS Beting Maro,  penerimaan dan sokongan penduduk terhadap PAS sentiasa meningkat jika dilihat dalam siri-siri pilihan raya lepas.

Oleh yang demikian, Pemuda PAS Sarawak sangat optimis sekiranya program pemantapan protege Jentera Beting Maro mencapai objektif dan misi yang digariskan, tidak mustahil Beting Maro bakal menjadi salah satu DUN yang diwakili PAS dalam PRN12 kelak.

HAMDAN SANI
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 7/2/2020