Kenderaan rasmi kerajaan, bukan peribadi – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man pertahankan langkah Kerajaan Negeri Kelantan membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan pimpinan.

Advertisement

Beliau menegaskan, ianya adalah satu keperluan bagi kegunaan rasmi selepas pula kereta sedia ada telah digunakan melebihi 10 tahun.

“Kenderaaan rasmi semua negeri ada dan bukan beli untuk peribadi. Setiap kenderaan memang akan tukar apabila melebihi 10 tahun (penggunaan)dan itu standard mana-mana GLC sekalipun akan tukar.

 “Apakah dengan pembelian kereta tersebut kebajikan kepada rakyat Kelantan akan terabai? Jelas kerajaan Kelantan sangat memberi fokus kepada aspek kebajikan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Nasional 2020 di Dewan Seri Kasih, Bandar Tun Hussien Onn, Bangi, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan juga dalam pembentangan belanjawan 3 tahun kebelakangan ini mengalami suplus dan mendapat anugerah pencapaian 5 bintang dari sudut pengurusan berbanding negeri-negeri lain.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila Kerajaan Kelantan membeli kereta Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. – HARAKAHDAILY 9/2/2020