Lim Guan Eng yang menggelapkan negara ini

SAYA membaca kenyataan Lim Guan Eng mengenai negara ini akan melalui Zaman Gelap seperti Kelantan jika PAS berkuasa dan ‘Pakatan Nasional’ berbahaya kepada negara.

Advertisement

Ternyata saudara Lim tidak sedar diri bahawa Malaysia kini sedang berada di Zaman Gelap yang paling teruk di bawah beliau sebagai Menteri Kewangan.

Janji manifesto dicapati, penjualan aset negara seumpama menjual goreng pisang panas, berbagai insentif dipotong, malah ekonomi negara tidak langsung berkembang dan lebih teruk rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang.

Lebih memedihkan, beberapa keistimewaan Melayu dicabul dan cuba dihapuskan, isu perkauman semakin melebar. Ternyata Lim dan DAP benar-benar menjadi ‘kaduk naik junjung’.

PAS dan Kelantan menjadi sasaran utamanya terhadap semua kesalahan yang dilakukan. Seakan-akan DAP dan Kerajaan Pakatan Harapan suci sesucinya.

Cukuplah Lim ‘meluruskan benang yang basah’, keresahan rakyat terhadap buruknya ekonomi negara ini dan pencabulan terhadap Melayu ianya bermula bila DAP menjadi kerajaan.

Rakyat tahu di mana akhirnya DAP mahu membawa negara dan siapa yang menyebabkan negara dalam bahaya?

ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
17 Jamadil Akhir 1441 | 11 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 11/2/2020