Keadaan Sumayyah Solehah semakin positif

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur, bagi menziarahi Sumayyah Solehah Assaari, di sini, kelmarin.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Malek dan Zurina Din telah mengadakan ziarah tersebut bagi mengikuti sendiri perkembangan terkini tahap kesihatan Sumayyah serta menghulurkan sumbangan.

Advertisement

Bayi 7 bulan ini menjalani rawatan kemoterapi bagi kitaran kedua, manakala pada Jumaat lepas telah pemeriksaan Anesthesia (EUA) dan dimaklumkan terdapat perkembangan positif pada matanya, di mana ketumbuhan itu telah semakin mengecut hasil rawatan.

Rawatan kemoterapi itu juga dijadualkan akan dijalankan selama 5 hari sehingga semalam, disamping Sumayyah bakal menjalani rawatan kemoterapi bagi kitaran ketiga dan EUA pada 27 Februari akan datang.

Skuad Prihatin memohon dari semua agar sama-sama memanjatkan doa kesembuhan buat Sumayyah dan membuka peluang buat orang ramai bagi berkongsi rezeki sebagai tanda keprihatinan kepada bayi ini dan keluarganya.

Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank DMPP: 5640 2540 0711 dan digalakkan untuk SMS/WhatsApp slip sumbangan kepada Dr ‘Uyun di talian 019-357 7502. – HARAKAHDAILY 13/2/2020