Kuman dari China renggang lagi Melayu-Cina

HUBUNGAN politik Melayu dan Cina dalam masa 21 bulan ini amat buruk, tidak pernah ia begitu sejak kemerdekaan 1957 dahulu. Pernah berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dahulu tetapi kuman perkauman dan kebencian itu tidak secemas sekarang.

Advertisement

Di ambang sambutan Tahun Baru Cina meletup kemunculan wabak kuman virus Corona di benua China dan ia serta merta mencemaskan semua benua di dunia. Ketika bencana ini ditulis sekitar kurang dua minggu ia tercetus sudah setengah ribu mati khususnya di benua China sendiri dan satu di sana sini di benua lain. Yang jangkitan positifnya pula sudah ribuan.

WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) sudah mengisytiharkan dunia sekarang darurat kesihatan.

Justeru kuman yang mudah hinggap kepada sesiapa, tidak mengenal memilih agama, politik, bangsa dan kepercayaan. Komunis pun ia tidak peduli, maka petaka itu menyebabkan semua bangsa cuak dengan China dan Cina. Yang memerintah China adalah Komunis tetapi Komunis itu takut sesama China Komunis itu.

Apabila Komunis pun takut kepada Komunis yang lain kerana kuman itu boleh lekat kepada sesiapa dan tidak pasti orang bersamanya tidak dilekat kuman itu. Jika China sesama China takut kepada China bersamanya, maka sekalian yang bukan China di seluruh dunia mahu menjauhi semua China.

Sedang sekarang pembawa kuman itu sudah tidak semestinya China. Jerman, Yahudi, Itali dan lain-lain asal pernah bertemu dan berjumpa China boleh membawa kuman itu ke mana saja. Ibu yang menjaga anaknya positif virus Corona dijangkiti wabak, bahkan doktor mengingatkan orang tentang kuman itu diberitakan dijangkiti juga.

Sekalipun orang lain juga sudah jadi pembawa kuman itu, kerana ia bermula dari China maka Chinalah yang lebih dicuak berbanding Rusia, India dan Korea.

Malaysia baru sekitar 10 yang positif. Tetapi Malaysia dimasuki ratus ribu China. Yang masuk dan hilang dan tak pulang banyak mana. Kita tidak dapat membeza antara Cina dan China. Rupanya sama, makannya sama dan kegiatannya sama.

Curiga kepada pekerja China dalam projek-projek China amat ketara dari rakyat bukan Cina berbulan-bulan sebelum kuman China itu melanda China. Kuman perkauman dan kini disebut kebencian dia pernah dibasmikan di Malaysia. Ia hanya dibendung dan diredakan, tetapi ia idak pernah keluar dari Malaysia.

Wabak itu tidak pernah keluar dari hati dan dada Melayu dan Cina, Islam dan Kristian, Budha, etis dan sekular komunis. Buku Mahathir Malay Dilemma ada menggambarkan keadaan itu.

Kuman perkauman itu reda apabila orang Melayu melucutkan hak mutlaknya yang dikira oleh setengah orang sentimen kemelayuan. Dan apabila Melayu rasa dadanya terganggu, maka bangkit sentimennya, perkauman dan kebencian pun membuak.

Kaum Cina/China pula begitulah ia baik di mana-mana, California, England, Filipina, Vietnam yang ada Chinatown atau Pekan Chinanya, maka ia mengetengahkan sentimen Cinanya. Dan jika ia boleh membentuk majoriti dalam masyarakat, ia tidak akan lucutkan peluangnya.

Ia bangsa yang pintar menguasai ekonomi di mana-mana sekalipun ia tidak ramai dalam komuniti. Demokrasi tidak menghalang peluangnya, tetapi apabila sentimen mengatasi yang lain, maka perkauman tidak dapat dielak.

Sekarang sentimen menguasai politik. 21 bulan ini perkauman renggang jauh Cina dan Melayu. Bagaimana hendak merapatkannya? Melanda pula kuman dari China, Melayu sudah cuak mendekati Cina takut disambar koronavirus.

Kuman China meneruk lagi kebencian kaum!