Ultra kiasu tidak patriotik, sanggup jual negara

SEGERA bertindak terhadap ultra kiasu sebelum nasi menjadi bubur.

Memiliki dua status warganegara sudah jelas terbukti bahawa mereka ini pengkhianat.

Apakah ultra kiasu selama ini tidak pernah tahu bahawa wakil rakyatnya mempunyai dua kerakyatan? Sudah tentu mereka tahu.

Bukti ini sudah jelas menunjukkan bahawa ultra kiasu tidak pernah ada semangat patriotisme. Tidak sanggup hidup mati untuk negara. Mereka sanggup jual negara untuk kepentingan diri.

Sebab itu, tidak hairan mereka sanggup berniaga dadah untuk merosakkan negara dan anak bangsa, terutamanya bangsa Melayu yang menjadi penagih.

Mereka menjadi pengedar dan merasuah pihak berkuasa agar sindiket mereka tidak dapat dikesan. Akibatnya, anak-anak bangsa menjadi ketagihan najis dadah, yang ‘tiada ubatnya’.

Justeru, sudah sampai masanya, kerajaan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap ultra kiasu ini. Lucutkan segera kewarganegaraannya dan haramkan segera parti ultra kiasu dan NGO ultra kiasu Komunis ini.

Mereka tidak pernah setia kepada negara, khianat ada. Ultra kiasu sebegini tidak boleh disimpan. Berapa banyak rahsia negara pun kita tidak tahu. Yang pasti, saya amat yakin, musuh-musuh negara luar pasti tahu kelemahan dan sejauh mana kekuatan kita.

Banyak maklumat bocor dengan adanya kuasa dan jawatan strategik yang dipegang.

Bukalah mata dan mata hati wahai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan keamanan. Ultra kiasu tidak boleh dibiarkan berkuasa dan bermaharajalela. Sangat bahaya, sangat bahaya dan sangat bahaya.

Bertindaklah segera sebelum nasi menjadi bubur. Bukti-bukti telah ada. Begitu tempat-tempat dan institusi pendidikan yang menjadi sarang ultra kiasu.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 13/2/2020

Advertisement

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.