138 MP sokong Tun M kekal PM habis penggal?

ZAKIAH Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber-sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal. Jika dilihat kepada carta 138 Ahli-Ahli Parlimen tersebut, maka akan didapati bahawa:

Advertisement

● 63 adalah daripada PH. Tolak 26 daripada BERSATU dan 26 daripada PKR, maka akan ada 11 lagi Ahli-Ahli Parlimen (daripada DAP dan/atau PAN) yang turut berbuat demikian.
● 39 adalah daripada Umno. Maknanya semua Ahli Parlimen Umno berbuat demikian.
● 18 adalah daripada PAS.
● 9 adalah daripada WARISAN.
● 1 adalah daripada UPKO.

Bila dihitung bilangan Ahli-Ahli Parlimen PH, Umno, PAS, WARISAN dan UPKO yang berbuat demikian baru ada 130. Maknanya ada lapan (8) lagi yang tidak dinyatakan, mungkinlah daripada parti-parti di Sarawak dan/atau Sabah. Lima (5) Ahli Parlimen PH yang berbuat demikian didakwa merahsiakan identiti mereka.

Mungkin intipati laporan ada kebenarannya, tetapi bilangannya adalah terlalu tinggi:
1.    Tak berapa logik semua Ahli Parlimen Umno telah menandatangani SD.
2.    Bilangan 26 Ahli Parlimen PKR juga adalah terlalu tinggi.

Susah juga untuk diberi komen lebih lanjut memandangkan kepada fakta-fakta berikut:
• Zakiah Koya adalah kakak kepada Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
• Akhbar The Star adalah akhbar milik MCA.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 14/2/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.