Bagi PH Kimanis adalah Kipahit

SEMUANYA kurang yakin Umno akan memenangi PRK Parlimen Kimanis, cuma Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya, BN akan memenanginya. Saya tidak yakin, tetapi tekaan Tok Guru tepat.

Advertisement

Dengan kemenangan BN itu setakat ini boleh dikira politik masa depan Malaysia berada dalam genggaman Muafakat Nasional. Sebelum PRK itu di Semenanjung sahaja baharu dibebaskan. Apabila Kimanis jadi ‘Kipahit’ bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah, maka seluruh hampir wilayah dibebaskan, hanya yang ditunggu pilihan raya Negeri Sarawak.

Jika Sarawak yang diwas-waskan manis bagi PH, ia pahit juga, maka semuanya boleh dibebaskan.

Apa isunya menjadikan PH pahit, kerana yang dirasa oleh keseluruhan rakyat, bukan sekadar kurang manis tetapi kesemuanya pahit.

Reaksi TPM atas kekalahan Kimanis, Kerajaan PH di peringkat memperbaiki keadaan, mungkin mesejnya tidak sampai ke bawah.

Bagaimana ada mesej kalau yang diperbaiki pun tidak ada? Apa yang dibaiki? Bila tiada yang dibaiki, apa yang dapat disampaikan ke bawah dan ke atas? Melainkan angin.

Reaksi Perdana Menteri, orang Sabah belum rasa kebaikan daripada pemeritahan baru.

Bukan orang Sabah saja yang belum merasa, bahkan ia belum dirasa oleh semua termasuk di Semenanjung. Benar nikmat yang dibuat hari ini dirasa esok. Tapi dalam 20 bulan ada sepatutnya sudah dirasai. Yang semua rasai sejak mula semua bertambah susah dan payah.

Saranan Ketua Armada, adakan post-mortem apa punca kekalahan Kimanis.

Apa puncanya? Sejak sepuluh bulan lalu semuanya sudah menolak PH, bermula dari Cameron Highlands hinggalah ke Kimanis. Buat apa pun bila orang tidak terima, penat mengadakan post-mortem sahaja. Taruh gula secawan pun orang kata pahit juga.

Manis biar berpada, jika manis berlebihan, manisnya bukan lagi nikmat.

Komen Mukhriz, Kerajaan PH sekarang perlu pilih antara dua keputusan. Buat yang betul yang beri manfaat jangka panjang kepada rakyat atau buat yang popular seperti mendapatkan kemenangan PRU14 dahulu..

Mukhriz seperti mengaku, yang lebih keputusan selama ini yang popular, bukan yang bermanfaat. Gara-garanya ia sudah ditolak oleh rakyat.

Yang menonjol pada umum ialah Kerajaan PH bukan parti yang pro-Islam dan pro-Bumiputera. Ia lebih kepada kerajaan pro bukan Bumiputera.

Malaysia hingga masih memerlukan kerajaan yang adil dan saksama, mesti pro Islam, pro Melayu dan pro Bumiputera.

Kerajaan bersama Mahathir dan Anwar ini dilihat menghakis pro-Islam dan pro-Melayu termasuk mencadang transformasi pilihan raya yang jika dilaksanakan menjadikan Melayu-Islam minoriti dari segi politik.

Gara-gara tidak pro-Islam/Bumiputera itu mencetuskan politik kebencian antara kaum dan perkauman yang amat ketara.

Rakyat sudah tidak melihat Mahathir dan Anwar sebagai pemimpin mewakili orang Melayu dan Islam, maka sebelum Melayu dan Islam hilang segala-galanya, mereka menolak Kerajaan PH baik dari apa komponen jua, lebih pahit dari manis.

Kebencian dan perkauman bukan suatu yang baik dan popular, tetapi Islam dan Melayu tiada pilihan jika mahu berperanan sebagai rakyat Malaysia. Bagi mengekalkan manis dan harmoni, pimpinan Mahathir atau Anwar mesti ditolak sebelum Malaysia jatuh kepada kuasa yang ultra cauvinis. Yang ultra dan cauvinis bukan dari kalangan Islam dan Melayu. – HARAKAHDAILY 17/2/2020