DarusSalam lahir 60 perawat baharu gen ke-15

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia (DarusSalam) telah melahirkan seramai  60 pengamal perubatan Islam baharu bagi generasi ke-15 daripada kumpulan ambilan pengajian sesi 2019.

Advertisement

Ijazah Perubatan Islam Darussalam Malaysia ini disampaikan oleh Pengasas dan Penasihat DarusSalam, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus pada Majlis Konvokesyen di Dewan Auditorium, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, di sini kelmarin.

Majlis Konvokesyen tersebut dirasmikan oleh Pengerusi, Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’), Ust Hj Abdul Rahman Ahmad selaku jemput utama sebagai tetamu khas.

Terdahulu Mesyuarat Agung Tahunan dilangsungkan bersama penyampaian Ijazah Amalan, sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian Ijazah Perubatan Islam DarusSalam bagi graduan yang berjaya menamatkan pengajian selama satu tahun.

“Jadikan ilmu perubatan Islam ini untuk kita mengubati orang yang memerlukan khidmat ini, dan kita belajar ilmu perubatan Islam ini supaya masyarakat kita tidak mempeljari ilmu-ilmu perbomohan yang salah. Dan kita gunakan ilmu ini untuk mengubati orang dengan ikhlas,” pesan Tuan Guru Dato’ Ismail dalam majlis  tersebut.

Menurut beliau juga, ilmu perubatan Islam ini sewajarnya dipelajari agar masyarakat Melayu tidak terpengaruh dan tidak mempelajari ilmu-ilmu perbomohan yang membawa kepada dosa dan syirik.

Pihak penganjur juga penghargaan kepada Darussyifa’, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut sama memberikan sokongan kepada program tersebut.

DarusSalam Malaysia merupakan persatuan perubatan Islam kedua terbesar di Malaysia selepas Darussyifa’. Sesi ambilan pelajar perubatan Islam DarusSalam diadakan setiap tahun.

Tempoh pengajian adalah selama satu tahun bermula dengan kursus induk, kuliah bulanan, ujian tasmik, seterusnya 40 sesi praktikal rawatan sebelum peserta layak dianugerahkan sijil ijazah Perubatan Islam Darussalam.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pengajian perubatan islam  ini bagi sesi 2020 boleh mendapatkan info lanjut di pautan berikut www.kursusperubatan.comHARAKAHDAILY 17/2/2020