Sisters in Islam semakin melampau

SISTERS in Islam sekali lagi mencabar kesucian Islam atas nama pertubuhan yang digunakan dengan menganjurkan Pesta Ronggeng. Pesta itu telah diadakan pada 15 Februari lalu yang kononnya bertujuan untuk mendapatkan sumbangan penajaan kerja amal yang dijalankan oleh mereka.

Pesta ini juga dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Hal ini semestinya sesuatu yang mengecewakan kerana pemimpin utama Malaysia menyokong aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti ini.

Penggunaan nama Islam pada nama pertubuhan ini terus-menerus mengelirukan masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar. SIS sememangnya sudah melampaui batas dengan perbuatan-perbuatan mereka. Pastinya SIGMA tidak akan berdiam diri apabila golongan ini berasa selesa melaksanakan agenda mereka.

Advertisement

Bahkan Rasulullah mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah:

ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada di kalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya.”

(HR Abu Daud)

SIGMA menyeru agar semua menyatakan kebencian dan menolak segala agenda yang dilaksanakan oleh golongan Liberal ini. Bergeraklah ke medan masing-masing untuk menerangkan ajaran Islam yang benar dan syumul. Semoga kita semua terhindar daripada bala bencana disebabkan perbuatan-perbuatan mereka yang ingkar dengan agama Allah S.W.T.

“Sigma Inspirasi Ummah”

AMAL AJLAA R.AZNI
Timbalan Pengerusi
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia 2020 – HARAKAHDAILY 21/2/2020