Sokong kerajaan tanpa DAP atau bubar Parlimen

KEMELUT politik negara sedang berada dalam keadaan terbantut dan semakin membimbangkan.

Sudah masuk hari keempat suasana ini berlarutan. Namun atas kebijaksanaan rakyat, rutin kehidupan seharian diteruskan juga meskipun jauh di sudut hati paling dalam, berdiri pelbagai persoalan yang belum mampu dijawab oleh sesiapa.

PAS Kedah berharap dengan selesainya sesi Personal Interview antara Seri Paduka Baginda dengan kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia pada hari ini, satu keputusan terbaik mampu dilakari secara tuntas.

Advertisement

Blok Muafakat Nasional semalam menegaskan persetujuan bersama Tun M sebagai PM adalah jika pembentukan kerajaan baharu itu dibuat tanpa penyertaan DAP.

Jika itu tidak berlaku, Blok Muafakat Nasional mencadangkan agar Parlimen segera dibubarkan, pilihan raya baru hendaklah diadakan semula untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat Malaysia.

PAS Kedah mengambil sikap menyerahkan keputusan terbaik diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat.

Doa bersama semoga kemelut politik ini akan segera berakhir dan membawa pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia sepertimana turunnya hujan yang membawa manfaat kepada makhluk di bumi.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Salam Hormat,

USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA,
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah,
Alor Setar – HARAKAHDAILY 26/2/2020