Kerajaan dominasi Muslim-Melayu

KETENANGAN yang memenuhi aspirasi rakyat untuk Malaysia adalah pembentukan sebuah kerajaan berteraskan Islam dan Melayu.

Advertisement

Kerajaan selainnya hanya akan terus mencetuskan kebimbangan, ketakutan dan ketidakstabilan politik.

Pasukan Dato’ Seri Anwar hari ini amat tidak menepati aspirasi di atas. Majoriti besar Ahli Parlimen yang bersamanya adalah Non-Muslim. Mungkin lebih menggusarkan berbanding Kerajaan PH yang baru runtuh itu.

Begitu juga cadangan Kerajaan Rekonsiliasi Tun Dr Mahathir. Ia, melalui perlantikan berasaskan individu dan bukan parti, kelihatan akan mencabut ruh dan matlamat perjuangan parti-parti politik. Islam dan Melayu kemungkinan gagal ditunjangkan dalam pemerintahan kerajaan seperti ini. Ia juga seakan mewujudkan penompokan kuasa pada seorang individu.

Pilihan terbaik adalah serahkan kembali urusan pemerintahan kepada rakyat melalui ‘snap election’.

Apapun, kita menanti kebijaksanaan pihak Istana yang sedang memikirkan jalan terbaik. Mungkin ada pilihan lain? Wallahu a’lam

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

YB USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Bachok
27 Feb 2020 – HARAKAHDAILY 27/2/2020